KUALI | Trending

Kreatif habis! Wanita hantar resume dalam bentuk kek span, siap ada QR Code

Lead Image

BIASANYA orang menghantar resume melalui e-mel, tetapi lain pula ceritanya dengan wanita ini apabila menghantarnya dalam bentuk kek yang diperbuat daripada span!

Menerusi perkongsian @justcreatingmything di TikTok, wanita dari Singapura itu memilih pendekatan unik tersebut bagi memohon kerja di sebuah syarikat bakeri terkenal, BreadTalk.

“Semua orang hantar resume, tetapi saya hantar kek span kepada BreadTalk,” tulisnya di kapsyen.

Resume direka dalam bentuk resit dan dihantar bersama kek span.

Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi proses menghasilkan ‘kek’ berkenaan.

Dia memotong span tebal berwarna kuning menyerupai kek, kemudian mengecat bahagian atasnya untuk kelihatan seperti krim kek sebenar.

Bagi menjadikannya lebih realistik, ia dibungkus dalam kotak lutsinar seperti bungkusan kek di kedai.

MENARIK DIBACA: Reviu rendah influencer sampai tiada pelanggan, 3 beradik bangkit perbaiki kualiti pizza wagyu... Jenama Bienz kini jadi buruan sampai ke Singapura!

MENARIK DIBACA: Minyak masak terpakai jangan dibuang, ini 5 tempat boleh dijual selain ejen persendirian

Resume miliknya pula direka dalam bentuk resit pembelian dan turut disertakan kod QR untuk memudahkan akses maklumat dirinya.

Sejak dimuat naik sejak Ogos lalu, video tersebut tular di media sosial dan meraih lebih 130,000 tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan usaha serta kreativiti wanita itu.

Komen netizen di laman TikTok.

“Sangat kreatif, harap awak dapat tawaran kerja! Kalaulah semua syarikat hargai bakat macam ni.

“Kalau tak dapat juga kerja tu, tak tahulah… usaha dia bukan main!” komen netizen.

Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan setakat ini dia masih belum menerima maklum balas dari syarikat tersebut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Semua restoran Ikea Malaysia dapat sijil halal Jakim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Dari wagon ke 44 cawangan hanya dalam tempoh setahun! Ahmad's Fried Chicken mula tambat hati pelanggan

Terhangat