KUALI | Trending

Wanita fasih berbahasa Mandarin jual asam pedas buat ramai kagum, jadi jambatan merapatkan bangsa dan budaya

Lead Image

BERNIAGA sambil membuat video siaran langsung mungkin perkara biasa tetapi aksi seorang peniaga wanita di Kampar, Perak mencuri perhatian.

Gayanya bersahaja melayan pelanggan sambil membungkus asam pedas tetapi kefasihannya berbahasa Mandarin ketika berinteraksi dengan pelanggan berbangsa Cina membuatkan ramai kagum.

Kelebihan itu ternyata dapat menarik perhatian pelanggan dalam kalangan masyarakat Cina apabila dia mampu menjelaskan tentang masakan tersebut dengan lebih baik.

Tidak hanya itu, menerusi akaun TikTok @AsampedasBelanga, wanita itu turut dilihat mengajar perkataan baharu kepada pelanggan yang mungkin tidak memahami sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu.

Layanan mesra dan spontan juga mencuri tumpuan.

Cara itu turut mendapat pujian pengikutnya kerana cara itu lebih efektif dalam menggalakkan segelintir masyarakat Cina mengasah kemahiran bahasa kebangsaan.

“Ada waktu saya berbahasa Mandarin, kadang-kadang hanya dengar dan terasa macam faham suara hati pelanggan,” katanya.

Pelanggan Cina, Melayu, India Jepun terpikat

MENARIK DIBACA: Tempoyak sajian kampung setanding blue cheese dan miso

MENARIK DIBACA: Chef AI ketua operasi dapur restoran di Dubai, cipta menu ikut diet pelanggan 

Gerainya yang dikenali sebagai Dapo Kitty, terletak di Bandar Baru Kampar, Perak popular kerana lauk tradisional dihidangkan termasuk asam pedas belanga ikan pari dinikmati bersama telur masin dan nasi panas.

Menu asam pedasnya disajikan dalam belanga dan bungkusan lauk pula dihias dengan watak kartun Hello Kitty, menjadikan konsep jualan beliau bukan sahaja padu dari segi rasa, tetapi juga estetik dan mesra kamera.

Kebanyakkan pelanggan yang datang turut memberi sokongan.

Malah ramai pelanggan Cina dilihat ‘sporting’ berinteraksi semasa siaran langsung, memuji keenakan masakan dan gaya peniaga itu melayan mereka.

Malah gerai asam pedasnya turut diserbu beberapa pelancong dari Jepun yang gemarkan masakan tersebut.

Undang reaksi positif netizen 

Kebolehannya berbahasa Mandarin turut mengundang pelbagai reaksi di media sosial. 

Antara komen netizen.

Ramai netizen pada awalnya menyangka peniaga itu berbangsa Cina, namun terkejut apabila mengetahui dia mula belajar Mandarin sejak dibangku sekolah rendah.

Di sebalik periuk belanga dan telefon bimbit yang sentiasa ‘on live’, peniaga ini membuktikan bahawa makanan boleh menjadi jambatan merapatkan bahasa, bangsa dan budaya.

“Inilah contoh keharmonian sebenar. Makanan, bahasa, budaya, semua bersatu dalam satu gerai kecil di pasar malam.

“Cara kreatif, terbuka dan mesra mewakili semangat perpaduan sebenar,” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kalau suka makan manis penyayang orangnya, ini 6 kategori makanan ‘cermin’ personaliti anda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Mampu ingat resipi tanpa dicatat, Fazley Yaakob miliki otak ‘photographic memory’

Terhangat