Pizzaiolo perkenal piza saiz poket, lebih praktikal tetap mengenyangkan
TAMPIL dengan kelainan, Pizzaiolo Wangsa Maju memperkenalkan konsep poket piza bersaiz kecil yang jarang ditawarkan di mana-mana kafe lain.
Menurut pemiliknya, Aniq Danial Johari idea poket piza ini hadir sebagai alternatif yang praktikal buat pelanggan mereka.
Meskipun piza bersaiz 10 inci ke atas lebih puas dinikmati tetapi dia percaya ia tidak memberi kepuasan kepada pelanggan yang sukakan variasi.

"Pada awalnya, idea poket piza ini kami nak buat dalam bentuk bulat. Tapi untuk saiz 6 inci, ia agak kecil.
"Jadi kita tukar kepada bentuk segi empat tepat supaya lebih puas dimakan.
"Ia sesuai untuk makan seorang atau bersama kawan-kawan tapi nak cuba banyak perisa," katanya kepada Kuali.
MENARIK DIBACA: Aiskrim santan resipi tradisional dengan sentuhan moden mengimbau nostalgia!
MENARIK DIBACA: [V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!
Walaupun kecil, poket piza tetap penuh dengan topping keju cair dan sos istimewa yang menjadikan setiap gigitan padat dengan rasa.
Malah, dengan portion yang comel ini, pelanggan boleh pesan beberapa perisa berbeza dalam satu masa dengan harga berpatutan.
Antara perisa piza yang patut dicuba ialah tuna, chilli & seaweed, grilled chicken pesto, bufalina beef, bianca al tartufo dan margerita.
Kita tukar kepada bentuk segi empat tepat supaya lebih puas dimakan
ANIQ DANIAL JOHARI
Pemilik Pizzaiolo
Menariknya, setiap perisa yang ditawarkan untuk poket piza turut didatangkan dalam saiz biasa iaitu 10 inci, bagi pelanggan yang gemar menikmati piza cara tradisional.
Tambah Aniq, pengalaman menjamu selera di Pizzaiolo cukup istimewa kerana setiap piza dibuat dengan teliti dan dibakar sempurna dalam ketuhar kayu api khas.
"Biasa orang pakai kayu bakau tapi kami guna kayu pokok manggis. Ia memberikan rasa dan aroma unik dalam hidangan," ujarnya.

Selain piza, restoran ini turut menawarkan pelbagai seleksi pilihan pencuci mulut seperti tiramisu, cheesetart, croissant dan fudge cake.
Lokasi: Pizzaiolo, 53 Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 11 pagi - 3 pagi (setiap hari)