KUALI | Menu Viral

Ini 5 port nasi kandar confirm ‘surr’ di sekitar Kuala Lumpur

Lead Image

APABILA sebut fasal hidangan kegemaran rakyat Malaysia, nasi kandar memang tak boleh tinggal. 

Hidangan klasik dari Pulau Pinang ini memang sinonim dengan nasi putih, disajikan bersama pelbagai kuah kari, lauk-pauk memang buat ketagih, tak cukup sepinggan!

Kalau anda sudah terbiasa dengan nasi kandar sama dan mahu tukar angin, apa kata cuba kedai lain pula.

Untuk yang mencari nasi kandar betul-betul mantap dan surr di KL, maka tempat ini wajib ada dalam senarai anda.

Jom Kuali senaraikan 5 tempat nasi kandar paling best kompen buat anda datang lagi!

Nasi kandar autentik dari Penang ini cukup terkenal dengan kesedapan kuah campurnya.

1. Mohd Yaseem Nasi Kandar

Jika anda sedang mencari nasi kandar autentik dengan cita rasa asli Penang serta suasana mamak klasik yang kekal seperti dahulu, inilah tempat wajib anda cuba.

Kedai ini cukup terkenal dengan kuah campurnya yang kaya rempah, pedas namun seimbang penuh ‘kick’ dalam setiap suapan.

MENARIK DIBACA : Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap

MENARIK DIBACA : Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

Nasi putih lembut dari wap panas menyerap kuah dengan sempurna, manakala ayam madu atau ayam bawangnya memberi sentuhan rasa manis seimbang.

Antara lauk paling digemari termasuk ayam goreng rangup, ayam bawang, ayam madu serta pilihan tambahan seperti telur ikan, sotong dan sayur bendi.

Alamat: 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur

Nasi Kandar Pelita ini dipengaruhi dengan pelbagai rasa warisan mamak.

2. Nasi Kandar Pelita

Nasi Kandar Pelita antara restoran nasi kandar yang paling dikenali di Malaysia, dengan beberapa cawangan di Kuala Lumpur seperti di Jalan Ampang, ia sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Salah satu kelebihan utama Nasi Kandar Pelita ialah jumlah cawangannya yang banyak serta operasi 24 jam di beberapa lokasi strategik. 

Keunikan rasa nasi kandar di sini banyak dipengaruhi oleh kuah campur yang terkenal dengan jenis warisan masakan mamak.

Rata-rata pelangggan bersetuju gabungan kuah seperti kuah kari ikan, daging, dan dal adalah faktor utama menjadikan nasi kandar mereka begitu lazat dan berbeza daripada yang lain.

Alamat: No.2, Ground Floor, 5, Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur

Restoran Kudu Bin Abdul antara restoran paling klasik dan legend di KL.

3. Restoran Kudu Bin Abdul

Terletak di kawasan Chow Kit, Restoran Kudu bin Abdul dikenali sebagai salah satu kedai nasi kandar paling klasik dan legend di ibu kota.

Kudu sudah lama bertapak dan sering disebut-sebut akan keenakkan nasi kandarnya yang autentik dan original gaya KL. 

Suasana di kedai ini masih mengekalkan elemen lama dan tidak banyak berubah sejak dulu menjadikan aura warisan terasa kuat setiap kali berkunjung.

Walaupun begitu, disebabkan usianya yang sudah lama dan agak old-school, tapi itulah juga sebahagian daripada tarikannya.

Alamat: 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur

Kuantitinya banyak memang dianggap pilihan yang sangat berbaloi.

4. Nasi Kandar Saddam

Terletak di kawasan Jalan Segambut dan sekitar Kuala Lumpur, Nasi Kandar Saddam semakin mendapat tempat di hati peminat nasi kandar tempatan.

Ramai pelanggan memuji kuahnya pekat dengan rasa yang kuat sering digambarkan sebagai bold flavour yang memuaskan.

Pilihan lauk juga pelbagai termasuk ayam madu, kambing dan ikan, memang tak dinafikan menu semuanya menjadi kegemaran ramai.

Dengan portion besar dan harga masih berpatutan, ia dianggap sebagai pilihan yang sangat berbaloi.

Sesuai untuk anda yang menggemari rasa kuat dan mahukan variasi lauk yang banyak.

Alamat: 25, Jalan Segambut Pusat, Taman Segambut, Kuala Lumpur

Salah satu menu ikonik Hameediyah KL adalah ayam bawang kegemaran ramai.

5. Hameediyah KL

Berasal dari Pulau Pinang, Hameediyah membawa legasi nasi kandar klasik ke Kuala Lumpur dengan kualiti rasa yang tinggi dan sentuhan warisan tersendiri.

Salah satu menu paling ikonik mereka ialah ayam bawang yang disalut sos bawang karamel menjadikannya kegemaran ramai.

Berbeza dengan kedai mamak tradisional, cawangan seperti Hameediyah Bistro di Ampang menawarkan suasana lebih moden dan selesa, sesuai bagi anda yang mahukan pengalaman makan  sedikit lebih eksklusif.

Namun begitu, harga di sini mungkin sedikit lebih tinggi berbanding warung nasi kandar biasa memang padanlah dengan suasana dan kualiti yang ditawarkan.

Alamat: 138, Bukit Bintang Rd, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Setiap negeri ada keunikan tersendiri, jenis laksa mana kegemaran anda?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Seblak simbol kepayahan golongan miskin, asalnya diperbuat daripada makanan sisa

Terhangat