KUALI | Menu Viral

Kuih sopang tak kurang enak, sekali pandang ramai sangka badak berendam

Lead Image

KALAU cakap pasal kuih tradisional Melayu, memang tak habis cerita.

Pernah dengar tak nama kuih sopang? Sekilas pandang, kuih ni memang mengingatkan kita pada badak berendam. 

Bentuknya hampir sama tapi bila dicuba, baru terasa kelainan dari teksturnya yang unik juga berbeza cara penyediaan.

Bulan puasa begini, kuih sopang memang jadi buruan ramai untuk berbuka disebabkan kemanisan yang sederhana dan mengenyangkan sesuai sangat dinikmati seisi keluarga.

Kuih sopang hampir menyerupai badak berendam namun berbentuk karipap.

Kuih sopang

Kuih warisan tradisi Melayu ini kaya dengan santan, tepung dan kelapa parut. 

Kuih sopang biasanya dihidangkan semasa majlis tradisional, perayaan atau sebagai hidangan minum petang yang manis dan mengenyangkan.

MENARIK DIBACA: Tekap daun kubis bantu redakan masalah bengkak susu, ikuti langkah mudah ini

MENARIK DIBACA: Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar

Persamaan dengan badak berendam

Secara visual, kuih sopang memang menyerupai badak berendam. 

Kedua-duanya mempunyai inti manis yang dibalut dengan doh tepung dan digoreng atau dikukus. 

Warna doh yang cerah dan bentuk bulat leper sering membuatkan orang ramai keliru membezakan kedua-dua kuih ini.

Badak berendam mempunyai bentuk separa bulat menonjolkan inti kelapa yang kelihatan sedikit dari permukaan. 

Perbezaan dari segi bentuk 

Walaupun nampak serupa, kuih sopang mempunyai bentuk yang sedikit berbeza. 

Kuih sopang biasanya lebih pipih dan sedikit melebar manakala badak berendam mempunyai bentuk separa bulat menonjolkan inti kelapa yang kelihatan sedikit dari permukaan. 

Bentuk ini bukan sahaja estetika tetapi juga mempengaruhi tekstur semasa dimakan.

Perbezaan dari segi penyediaan 

Selain bentuk, cara penyediaan juga membezakan kedua-dua kuih ini.

Kuih sopang biasanya digoreng dengan minyak sederhana panas sehingga permukaan agak rangup, memberikan tekstur luaran yang berbeza daripada badak berendam.

Badak berendam pula biasanya dikukus, menghasilkan tekstur doh yang lembut dan kenyal serta lebih menyerap rasa inti kelapa manis.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Pening sahur nak makan telur mata atau telur hancur? Boleh cuba menu viral ‘frambled eggs’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Selalu makan tapi tak tahu asal usul, ini sejarah nama kuih lompat tikam

Terhangat