Tak payah beli produk mahal, 7 makanan ini 'ubat' mujarab atasi kelemumur
KELEMUMUR mungkin nampak seperti masalah kecil, tetapi ia boleh menjadi punca seseorang hilang keyakinan diri.
Bukan sahaja itu, ada individu yang tak selesa berdepan orang ramai kerana risau kelemumur jelas kelihatan di bahu dan pakaian.
Hakikatnya, kelemumur berlaku apabila sel kulit kepala tumbuh terlalu cepat, pengeluaran minyak berlebihan dan tindak balas terhadap kulat semula jadi di kulit kepala menjadi tidak seimbang.
Ramai masih menganggap punca utama masalah ini hanya datang daripada syampu atau produk rambut tidak sesuai tanpa menyedari pemakanan juga memainkan peranan penting.
Jadi, untuk bantu kawal masalah ini, penting untuk pilih makanan yang tepat seperti berikut:

1. Ikan salmon dan sardin
Ikan seperti salmon, makarel dan sardin kaya dengan asid lemak omega-3.
Nutrien ini membantu kurangkan keradangan dan seimbangkan penghasilan minyak pada kulit kepala.
Bukan itu saja, lemak sihat ini juga bantu melembapkan kulit dari dalam, sekali gus elak kulit kepala jadi kering dan mengelupas
2. Kacang dan bijian
Almond, walnut dan chia seed antara pilihan terbaik untuk atasi kelemumur.
Semua bijirin ini kaya dengan zink dan vitamin E yang membantu lindungi kulit kepala daripada stres oksidatif dan mempercepatkan proses pemulihan kulit.
MENARIK DIBACA: Daun kesum boleh hilangkan kelemumur, bantu cegah penuaan
MENARIK DIBACA: Cuka epal ubat mujarab atasi kelemumur, rahsia rambut lebat berkilat
3. Sayur berdaun hijau
Jangan pandang rendah sayur hijau seperti bayam, kale dan bok choy.
Ia penuh dengan zat besi, vitamin A dan antioksidan yang bantu menyuburkan folikel rambut serta mempercepatkan pemulihan kulit kepala yang bermasalah.
4. Makanan probiotik
Yogurt, kimci dan miso ialah makanan probiotik yang penuh dengan bakteria baik yang membantu kurangkan kulat penyebab kelemumur (Malassezia) dengan menguatkan sistem imun badan.

5. Buah kaya vitamin C
Buah seperti oren, kiwi, strawberi dan jambu batu bukan sekadar sedap dimakan, tapi kaya vitamin C yang penting untuk kesihatan rambut.
Vitamin C membantu penghasilan kolagen dan meningkatkan penyerapan zat besi.
6. Avokado
Avokado kaya dengan lemak sihat dan vitamin E, ia bantu tingkatkan keanjalan kulit kepala dan kurangkan iritasi.
Kalau amalkan makan avokado, folikel rambut pun akan lebih sihat dan kuat.
7. Kunyit dan halia
Kunyit mengandungi kurkumin dan halia pula ada gingerol iaitu sebatian anti-radang semula jadi.
Kedua-duanya bantu tenangkan keradangan kulit kepala dan berpotensi kurangkan pertumbuhan kulat jika diamalkan secara konsisten dalam pemakanan harian.