info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Pakar tegaskan telur bukan punca luka pembedahan bernanah - "Mitos terbesar aku pernah hadap"

Lead Image

TANGGAPAN bahawa makan telur selepas bersalin atau pembedahan boleh menyebabkan luka bernanah atau lambat sembuh masih jadi kepercayaan dalam masyarakat hari ini.

Doktor pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Imelda Bachin menjelaskan kepercayaan itu hanyalah mitos semata-mata dan tidak disokong oleh bukti saintifik.

Menerusi satu perkongsian di Threads, dia menegaskan bahawa nanah pada luka bukan berpunca daripada pengambilan telur, sebaliknya disebabkan oleh jangkitan bakteria.

"Saya ulang lagi sekali naaaaa! Makan telur selepas pembedahan atau selepas bersalin, bukan penyebab dapat nanah.

Dr Imelda tak menolak kemungkinan persepsi itu timbul kerana warna kuning telur serupa dengan nanah.

"Nanah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Penyelesaiannya ialah rawatan antibiotik, bukannya pantang makan telur," tegasnya.

Dr Imelda bagaimanapun tidak menolak kemungkinan persepsi itu timbul kerana warna kuning telur sering dikaitkan dengan warna nanah, sekali gus menyebabkan ramai yang berfikir sedemikian.

"Walaupun warna telur seakan-akan warna nanah, janganlah sangka telur yang awak telan ke dalam perut tu boleh tiba-tiba keluar melalui kulit. Tak boleh.

MENARIK DIBACA: Viral punya fasal, ramai teruja minum kopi telur di Vietnam... Ambil tahu juga risikonya

MENARIK DIBACA: "Jaga makan waktu haid" - Wanita TTC dedah kiwi bantu suburkan telur, akhirnya ‘lekat’!

"Makanan yang dihadamkan dalam perut tak boleh keluar ke kulit. Sekian, terima kasih," tulisnya.

Perkongsian itu mengundang perhatian netizen, yang rata-ratanya mengakui baru mengetahui fakta sebenar mengenai kepercayaan tersebut selepas dijelaskan oleh doktor.

Malah ada juga yang berharap penjelasan daripada pakar dapat membantu mengubah persepsi masyarakat agar tidak lagi mempercayai pantang larang yang tidak berasas.

"Penat gaduh dengan mak saya doc, Mitos paling besar saya pernah hadap. Tapi layankan saja tak nak jadi anak derhaka.

Komen netizen

"Saya ikut nasihat doktor. Lepas czer, makan dua biji telur rebus sehari dan dua biji oren sehari. Alhamdulillah, luka pun cepat sembuh dan keadaan saya baik," anta komen netizen.

Untuk info, nanah terbentuk apabila tubuh bertindak balas terhadap jangkitan bakteria, manakala telur pula merupakan sumber protein yang boleh membantu proses pembaikan tisu dan penyembuhan luka.

Bagaimanapun, pengambilan telur hendaklah mengikut nasihat doktor sekiranya seseorang mempunyai alahan atau keadaan kesihatan tertentu yang memerlukan pemantauan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Tak payah beli produk mahal, 7 makanan ini 'ubat' mujarab atasi kelemumur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Durian Malaysia dianggap terbaik, banyak manfaat kesihatan - Ahli kimia AS

Terhangat