info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Semua sama 'fesyen'! Pelanggan naik muak, mula 'pangkah' restoran guna poster AI - "Tak selera nak masuk"

Lead Image

PENGGUNAAN teknologi kecerdasan buatan (AI) kini semakin meluas dalam pelbagai bidang termasuklah bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan.

Tidak kurang juga peniaga yang memilih menghasilkan poster serta menu menggunakan AI kerana lebih mudah dan menjimatkan kos.

Bagaimanapun di sebalik kemudahan itu, penggunaan imej AI di premis makanan rupa-rupanya dianggap kurang sesuai apabila ada pelanggan berpendapat gambar makanan sebenar lebih meyakinkan berbanding visual yang dihasilkan secara digital.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang melihat lambakan poster AI di premis makanan.

"Upahlah pereka grafik yang proper. Saya dah mula muak dengan poster AI dekat kedai makan," tulisnya.

Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan ada yang dibangkitkannya.

Ramai peniaga memilih menghasilkan poster menu menggunakan AI kerana dianggap lebih mudah dan menjimatkan kos.

"I would prefer the ugly menu gambar guna telefon sahaja dari AI.

"Rasa tak selera nak masuk kalau nampak banner AI.

"Maaf cakap, saya memang 'pangkah' dah kedai yang guna gambar AI untuk menu dan poster. Biarlah gambar real tak estetik janji kita tak kena fake hope," antara komen netizen.

Ada juga yang berpendapat hampir semua poster AI kelihatan sama sekali gus tidak menonjolkan identiti premis dan tidak menarik perhatian pelanggan.

MENARIK DIBACA: Lauk dibungkus ada 'isu', pelanggan sejuk hati cara Rembayung tangani masalah- "Terbaik dan next level"

MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

"Setuju kan semua sama pattern. Warna pun sama 'meriah'. Kedai makan, kedai jual pisang goreng tepi jalan, kedai jual air jambu pun sama, aiskrim pun sama. Macam tukar perkataan dan gambar je.

"Agree! Masa orang mula-mula guna AI poster ni, saya ingat saya seorang saja yang masih old school hehe. Good to know ada geng.

"Kedai makan guna AI biasa jadi pilihan saya paling last sebab rasa tak real gambar makanannya.

"Tak suka gambar AI generated. Buruk dan nampak sepesen (serupa) je. Gaya semua sama, tak nampak kelainan. Please stop it," komen warganet lagi.

Seorang netizen berkata penggunaan AI untuk menghasilkan poster atau menu di kedai makan tidak salah tetapi pereka tidak wajar bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu.

"Bukan susah sangat ambil gambar pakai telefon saja. Semua dah estetik. Lepas tu kalau nak bagi nampak filter sikit bolehlah guna AI sikit tapi jangan 100 peratus. Dah semua (gambar makanan) nampak menggerutu," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Marjerin pernah dianggap 'musuh' mentega sampai dilarang jual! Wajib warna 'pink', bukan kuning

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Durian dibawa masuk stadium! Pakaian anak Malaysia tonton Piala Dunia 2026 jadi perhatian

Terhangat