[V] Jijik! Tular video tikus berkeliaran atas makanan di kedai malatang, KKM diminta ambil tindakan
TULAR di media sosial sebuah video memaparkan seekor tikus berkeliaran di atas tempat pamer makanan di sebuah premis menjual malatang.
Menerusi rakaman berkenaan, haiwan itu dilihat berkeliaran di sekitar tempat meletak bahan mentah dipercayai daging sebelum dilihat memijak dan menggigit makanan tersebut.
Menurut pemilik [video] di Threads, dia menyedari kehadiran tikus berhampiran kawasan rak makanan semasa sedang menikmati hidangan mala di premis itu yang terletak di Kuala Lumpur.
"Semalam (Selasa) datang sini. Tengah siap makan tiba-tiba saya nampak ada tikus berkeliaran berhampiran kawasan makanan.
"Sebagai pelanggan memang rasa tak selesa. Harap pihak pengurusan ambil tindakan segera dan tingkatkan tahap kebersihan supaya perkara macam ni tak jadi," tulisnya, Rabu.

Perkongsian itu mengundang rasa kurang senang warganet, apatah lagi seorang individu turut mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang menikmati hidangan di premis berkenaan pada hari sama.
"Stresnya, lepas habis makan baru nampak tikus berkeliaran dekat situ.
"Adoi, staf diaorang pula ralit main 'phone' tak tengok tikus tu, tak tahu nak rasa apa," katanya di ruangan komen hantar tular itu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik selain menggesa supaya perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Kedai ni dah banyak ada kes. Kenapa orang masih makan?
"Eee aku paling benci tikus. Gelilah ya Allah. Kotor sangat ke tempat ni?
"Kalau tempat tu ada tikus, sanggup suruh suami dukung sebab memang benci yang teramat sangat binatang ni!
MENARIK DIBACA: Tunggu pelanggan sampai tersengguk! Wanita sebak, pukul 4.30 pagi pakcik masih gigih cari rezeki
MENARIK DIBACA: Lauk dibungkus ada 'isu', pelanggan sejuk hati cara Rembayung tangani masalah- "Terbaik dan next level"
"Tak pernah makan sini sebab memang pernah baca dulu ada problem kedai ni. By the way report je la sebab tikus kot bahaya gila.
"This used to be my favourite place tapi hari tu ada ulat banyak gila dalam sup. Jadi saya minta refund dan terus balik. Saya dah tak jejak sini," antara komen warganet.

Selain itu, beberapa netizen turut menyarankan agar aduan dibuat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya siasatan dan pemeriksaan dapat dijalankan.
"Video dah ada. Boleh hantar report pada KKM dan akan ada pegawai turun buat pemantauan and you'll get update selepas pemantauan.
"Report tak kat KKM? Kalau setakat report kat Threads lepas tu tak buat apa-apa, apa function?," kata netizen lagi.
Malah, ada juga yang menyarankan orang ramai prihatin dalam memilih premis makanan yang mempunyai pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
"Pergilah kedai makan halal Jakim. Jakim bukan tengok sumber bahan saja dari segi kebersihan pun strict. Kalau yang ada sijil halal Jakim, insyaAllah lebih yakin," komen salah seorang warganet.
Bagaimanapun sehingga kini, pihak pengurusan premis berkenaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video tular mahupun dakwaan yang dibangkitkan oleh pelanggan di media sosial.