Stiker WhatsApp legakan geng isteri! Suami tak perlu banyak tanya, dah tak silap beli barang dapur
SEBAGAI isteri, meminta suami membelikan bahan masakan kadangkala boleh menguji kesabaran, lebih-lebih lagi jika si suami jenis banyak bertanya dan tak pernah masuk dapur.
Lain yang diminta, lain pula yang dibeli sehingga ada yang tersalah jenama, saiz mahupun jenis bahan.
Bagaimanapun, para isteri kini tidak perlu lagi menaip senarai barang yang panjang berjela untuk kefahaman suami.

Sebaliknya, mereka hanya perlu menghantar gambar stiker bahan dapur menerusi aplikasi WhatsApp bagi memudahkan suami membuat pembelian.
Trend itu dikongsi seorang wanita yang menjelaskan bahawa urusan membeli barang dapur kini menjadi lebih mudah kerana suaminya pantas memahami barang yang dimaksudkan tanpa perlu bertanya berulang kali.
"Buat sticker terus senang. Beli tepung apa? Ha letak gambar sticker tepung. Ini beli barang asyik tanya yang mana, yang mana?
MENARIK DIBACA: Suami tiada fungsi dalam famili, cuma tahu 'main' telefon - "Aku beli barang dapur, dia relaks dalam kereta"
MENARIK DIBACA: Suami masak makaroni goreng 'crispy' untuk anak, isteri tengok terus sakit kepala
"Samalah sardin, tin sama tapi ada mackerel dengan sardin, tepek gambar sardin. Salah beli juga tak tahulah," tulisnya menerusi laman Threads.
Menurutnya lagi, penggunaan stiker itu bukan sahaja membantu mengenal pasti jenama atau produk tertentu, malah memudahkan suaminya mengecam sayur-sayuran serta buah-buahan ketika membeli-belah.
Idea tersebut kini dilihat menjadi trend dalam kalangan para isteri di media sosial apabila ramai berkongsi koleksi set stiker masing-masing untuk digunakan scara bersama.

Rata-rata suri rumah menyifatkan kaedah itu sebagai idea yang kreatif dan praktikal kerana dapat menjimatkan masa serta mengurangkan risiko kejadian suami tersalah beli barang dapur.
"Ini sebenarnya sangat genius! Done follow rapat dekat WhatsApp channel untuk stiker.
"Sebagai seorang yang malas pergi pasar, saya tak sabar nak cuba guna stiker ni.
"Nak juga! Apa-apa pun terima kasih 'in advance' awak untuk segala 'effort', membantu sangat. Moga dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan," antara komen netizen.