info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Croissant Pattaya pelik disaluti 'rambut' bergumpal, tapi ramai serbu kedai nak beli

Lead Image

DUNIA kulinari sememangnya tidak pernah ketandusan idea kreatif.

Ada sahaja peniaga yang sengaja mencipta menu unik bagi menarik perhatian pelanggan.

Terbaharu, tular di media sosial tentang Croissant Pattaya atau Croissant Mor Aoi (Moi) yang dihasilkan di sebuah kedai bakeri, Saiwan Bake House di Pattaya, Thailand.

Pastri yang menjadi fenomena di platform TikTok dan Instagram itu bukan disebabkan rasanya semata-mata, tetapi kerana penampilannya yang unik. 

Croissant Pattaya memiliki gabungan rasa manis dan masin.

Croissant tersebut diletakkan 'inti' rumpai laut berwarna hitam menyerupai rambut bergumpal, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Perkataan 'Moi' pula adalah istilah slanga dalam bahasa Thai, menyebabkan pastri ini sering dijadikan bahan lawak pencipta kandungan dan pelancong yang berkunjung ke Pattaya.

Di sebalik rupanya yang unik, Croissant Pattaya sebenarnya dikatakan menawarkan rasa yang enak.

MENARIK DIBACA: 'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk

MENARIK DIBACA: Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

Croissant dengan tekstur rangup dan berlapis itu diisi dengan krim kastad yang lembut serta manis. 

Lapisan serunding rumpai laut pula memberikan gabungan rasa masin dan manis, menjadikan setiap gigitan begitu menggembirakan.

Keunikan gabungan rasa manis kastad dan aroma rumpai laut itulah yang membuatkan ramai pengunjung sanggup beratur semata-mata mahu mencubanya sendiri.

Pastri dengan penampilan unik ini dihasilkan di kedai bakeri Saiwan Bake House di Pattaya, Thailand. Foto Saiwan Bake House

Untuk harganya pula, pastri ini dijual sekitar 70 Baht (RM9.90) sebiji..

Walaupun harganya sedikit tinggi berbanding croissant biasa, ramai pelancong menganggap ia berbaloi kerana bukan sahaja dapat menikmati rasanya, malah memperoleh pengalaman mencuba salah satu makanan unik yang ada di Pattaya.

Setakat ini, Croissant Pattaya masih belum memasuki pasaran komersial Malaysia secara rasmi dan belum dijual secara meluas di mana-mana rangkaian bakeri tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Stiker WhatsApp legakan geng isteri! Suami tak perlu banyak tanya, dah tak silap beli barang dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelanggan pertama kali cuba, kecewa rasa masam! Kenali sifat, ciri durian IOI

Terhangat