info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Serik masuk premis tak mesra kanak-kanak, 'owner' suka ketenangan -"Ini kafe, bukan kedai mamak"

Lead Image

SETIAP premis makanan mempunyai konsep dan peraturan berbeza, dengan ada pemilik lebih mengutamakan suasana tenang dan santai untuk pelanggan berbanding keadaan meriah.

Bagaimanapun, timbul salah faham apabila sesetengah premis tidak menyatakan dengan jelas sama ada kafe mereka mesra kanak-kanak atau sebaliknya.

Seorang wanita di Threads meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menerima layanan kurang menyenangkan ketika membawa anak-anaknya menjamu selera di sebuah kafe.

Menurut wanita itu kafe itu menjadi sedikit riuh apabila anak-anaknya hadir sebelum mereka mengambil permainan dan buku yang disediakan di satu sudut khas.

"Kafe ini ada satu sudut yang menyediakan permainan dan buku. Budak-budak ini cuma pilih permainan dan buku kemudian bawa ke meja untuk bermain dan membaca," katanya.

Netizen rata-ratanya menyarankan agar premis yang tidak mesra kanak-kanak memaklumkan polisi tersebut dengan jelas kepada pelanggan.

Bagaimanapun, dia mendakwa pemilik kafe bertindak mengikut anak-anaknya ketika mereka mahu mengambil buku buat kali kedua.

Selain itu dia juga berasa kurang selesa kerana mendakwa sering diperhatikan oleh pemilik premis sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk pulang.

Menurutnya, dia telah meminta anak-anak membawa kadnya dan membuat pembayaran di kaunter.

"Owner buat tak tahu, jadi saya pergi ke kaunter. Lepas itu owner cakap 'saya tak ambil duit daripada budak-budak, tak halal'.

MENARIK DIBACA: "Busy mana pun jangan tinggal solat" - 'Abang matcha' tular, dipuji utamakan ibadat dalam bisnes

MENARIK DIBACA: Kerajaan diminta kaji cadangan restoran beri air kosong percuma, galak rakyat amal pemakanan sihat

"Dia tegur lagi saya 'Ini kafe tau bukan kedai makan atau kedai mamak. Orang datang sini nak buat kerja dan sebagainya. Saya tegur ni harap tak buat lagi," dia menceritakan semula apa yang dikatakan pemilik premis.

Wanita itu turut mendakwa pemilik kafe memaklumkan bahawa anaknya telah menukar papan tanda 'Open' kepada 'Close'.

"Saya terus minta maaf kepada owner tanpa tanya betul ke anak saya buat. Bila dalam kereta saya tanya anak dia cakap, 'Mana ada mommy saya tak buat pun'.

"Aku ni dari baik-baik rasa nak review kafe kat orang lain siap rancang nak buat birthday party terus rasa off," katanya.

Antara komen di Threads.

Wanita itu berharap mana-mana pemilik premis yang mahu mengekalkan suasana tenang supaya memaklumkan tentang polisi tersebut lebih awal atau secara jelas kepada pelanggan.

"Kalau memang nak buat kafe yang cosy untuk orang bekerja dan tak nak budak-budak bising atau bermain, beritahu saja parents atau letak sign no kids allowed. Kami sebagai ibu bapa faham saja," tambahnya lagi.

Di ruangan komen, netizen berkongsi pengalaman masing-masing serta menyarankan supaya premis yang tidak mesra kanak-kanak memaklumkan polisi tersebut dengan jelas kepada pelanggan.

"Biasa spill nama kafe yang tak friendly ni. Jangan tahu cerita saja kami nak tahu juga boleh masuk blacklist.

"Saya pun baru melalui perkara ini. Muka owner memang berubah bila nampak anak saya masuk. Tak apa first and last. Banyak lagi kafe yang welcoming. Kalau tak suka budak-budak, memang betul, letak saja siap-siap not kid friendly.

"Sis, saya DM (mesej) ya nak tanya kedai mana sebab saya kalau pergi kafe memang angkut komuniti saya yang ramai kids. Jadi saya nak elakkan tempat itu," antara komen netizen.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pelanggan dakwa nampak lipas dekat mesin aiskrim, Ikea ambil tindakan segera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Pelajar UPM cipta tepung biji durian, hasilkan roti Doughrian rendah karbohidrat

Terhangat