"Busy mana pun jangan tinggal solat" - 'Abang matcha' tular, dipuji utamakan ibadat dalam bisnes
SEORANG peniaga minuman matcha dipuji selepas tindakannya menghentikan seketika urusan perniagaan untuk solat tular di media sosial.
Menerusi perkongsian seorang pelanggan di akaun Threads, dia berkata matanya tertumpu kepada sebuah gerai minuman yang didirikan di hadapan sebuah sekolah sebelum singgah untuk membeli.
Ketika menghampiri gerai itu, dia mendapati peniaga berkenaan sedang menunaikan solat.
"Aku baru keluar rumah nampak ada khemah pacak depan sekolah. Macam jual kopi lepas tu nak cuba la, tengok-tengok brother ni tengah solat. MashaAllah power brother ni sanggup berhenti jap nak solat.
"Cuba la air matcha dia serius sedap weh. Settle je solat dia kata 'sorry tunggu lama' dan borak-borak dia pesan 'sibuk mana pun kita jangan tinggal solat' tu je.
"Salute gila kat brother ni. Kedai ni kat kawasan Taman Tun Dr Ismail depan sekolah rendah TTDI," tulisnya.

Susulan perkongsiannya itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji sikap peniaga tersebut malah ada yang menyatakan hasrat untuk pergi memberi sokongan.
"Okay, on the way pergi support bisnes orang yang tak tinggal solat ni, nak matcha!
"Janji Allah, makin banyak bersyukur makin Dia tambah. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya hebat.
"Maaf aku terpaksa viralkan. Semoga murah rezeki, percayalah rezeki daripada Allah. Jangan lupa Allah," komen beberapa netizen.
MENARIK DIBACA: Titik terendah pelanggan! Lepas 'mengemis' duit ibu nak beli nasi, rider letak pesanan di tong sampah
MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat tindakannya itu adalah sebahagian daripada teknik pemasaran dan ada juga beranggapan solat ketika berniaga tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.
"Kenapa power? Bukankah solat memang satu kewajiban dan memang patut orang Islam tunaikan? Kenapa benda ni macam pelik sedangkan hari-hari kita solat?
"Patutnya tengok orang solat kita rasa benda tu normal bukan terpegun seolah-olah benda tu jarang-jarang berlaku.
"Marketing kawtim (berpakat) dengan kawan hahahahahaha," antara komen netizen.