info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ikan paling sedap masak kari jadi topik sensasi, nyok-nyok dan merah raih paling banyak 'undi'

Lead Image

KALAU berborak tentang makanan, masing-masing ada pilihan tersendiri.

Tidak hairanlah apabila satu soalan ringkas ditanya di media sosial mengenai ikan paling sesuai dimasak kari, maka ramai tampil beri pendapat.

Ruangan komen pantas dipenuhi pelbagai cadangan daripada netizen tentang ikan kegemaran mereka.

"Ikan apa paling sedap masak kari?" soal seorang individu di Threads.

Nyok-nyok dan ikan merah antara paling mendapat pujian netizen untuk dimasak kari.

Rata-rata netizen memberikan respons ringkas dengan menyenaraikan ikan pilihan masing-masing, malah ada yang turut berkongsi sebab kenapa mereka memilih ikan tertentu.

Antara jenis yang paling kerap disebut ialah ikan nyok-nyok, jenahak, merah, bawal emas dan tenggiri.

"Di kampung selalu guna nyok-nyok, ikan merah pun sedap.

MENARIK DIBACA: Resipi Shakshuka ala Arianna Kitchen, mudah dan kena dengan tekak orang kita!

MENARIK DIBACA: Sedap macam dekat kedai mamak, jom cuba resipi ayam masak bawang

"Nyok-nyok, bawal emas, kepala salmon, jenahak, merah, bawal hitam dan tenggiri.

"Nyok-nyok, jenahak, bawal putih, senangin, merah, sembilang, temenung segar!

"Jenahak, ikan merah, bawal emas dan tenggiri. Saya suka masak kari dengan ikan yang isi lembut," antara komen netizen

Kari ikan antara menu kegemaran ramai.

Turut disebut adalah ikan kerapu, tongkol dan tuna.

Pemilihan ikan untuk kari sebenarnya bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Bagaimanapun ikan yang mempunyai isi pejal atau sedikit berlemak sering menjadi pilihan kerana tidak mudah hancur ketika dimasak.

Apa pun pilihannya, semangkuk kari ikan panas bersama nasi putih tetap menjadi hidangan 'evergreen' yang sukar ditolak pada bila-bila masa walau di mana kita berada.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

"Busy mana pun jangan tinggal solat" - 'Abang matcha' tular, dipuji utamakan ibadat dalam bisnes

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kerajaan diminta kaji cadangan restoran beri air kosong percuma, galak rakyat amal pemakanan sihat

Terhangat