info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kerajaan diminta kaji cadangan restoran beri air kosong percuma, galak rakyat amal pemakanan sihat

Lead Image

RAMAI rakyat Malaysia memilih minuman bergula apabila makan di restoran tanpa menyedari tabiat itu boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit jika diamalkan secara berterusan.

Justeru satu cadangan dikemukakan agar semua restoran di Malaysia menyediakan air kosong secara percuma kepada pelanggan sebagai usaha menggalakkan orang ramai memilih minuman yang lebih sihat.

Cadangan itu dilihat mampu menjadi antara langkah berkesan dalam menggalakkan amalan pemakanan.

Ketua Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib berkata, kerajaan bersama pihak berkuasa tempatan disaran mempertimbangkan pelaksanaan syarat pelesenan yang mewajibkan setiap premis makanan menawarkan air kosong tanpa caj.

Menurut beliau, inisiatif itu bukan sahaja memberi pilihan yang lebih sihat kepada pengguna malah boleh membantu mengurangkan pengambilan minuman bergula yang menjadi antara faktor utama peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan obesiti.

Cadangan itu dilihat mampu menjadi antara langkah berkesan dalam menggalakkan amalan pemakanan yang lebih sihat.

Beliau berpandangan, penyediaan air kosong secara percuma seharusnya menjadi amalan biasa di semua premis makanan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesihatan awam.

Azrul turut menjelaskan bahawa beberapa negara telah melaksanakan pendekatan sama. 

Di Sepanyol, restoran diwajibkan menyediakan air paip secara percuma kepada pelanggan manakala di United Kingdom, premis berlesen yang menjual minuman beralkohol perlu menawarkan air paip tanpa caj apabila diminta sekiranya bekalan tersedia.

MENARIK DIBACA: Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

MENARIK DIBACA:  Coklat 'lenyap' dari rak, pasar raya di Perancis henti jualan gara-gara cuaca panas ekstrem

Cadangan berkenaan dikemukakan sebagai salah satu usaha menggalakkan orang ramai memilih air kosong berbanding minuman bergula bagi menyokong agenda negara dalam menangani peningkatan kes penyakit berkaitan gaya hidup.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan bahawa penyediaan air kosong percuma akan diwajibkan di semua restoran di Malaysia.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ikan paling sedap masak kari jadi topik sensasi, nyok-nyok dan merah raih paling banyak 'undi'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

[V] Restoran ayam gepuk musnah 70 peratus dijilat api, pemilik tampil mohon maaf

Terhangat