info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

[V] Restoran ayam gepuk musnah 70 peratus dijilat api, pemilik tampil mohon maaf

Lead Image

SEBUAH premis makanan yang menjual ayam gepuk di Bangi mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran pada Khamis malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.54 malam itu, seorang pekerja wanita warga Indonesia berusia 26 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas akibat asap.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.54 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Menurut beliau, seramai 23 anggota bersama tiga jentera serta sebuah lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Semenyih dan Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lapan minit kemudian.

"Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan sebuah premis di bangunan dua tingkat kelas A dengan keluasan kira-kira 2,100 kaki persegi.

"Kebakaran berlaku di bahagian aras bawah premis dengan anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja di premis berkenaan, Ayam Gepuk Tok Mat (AGTM) cawangan Bandar Baru Bangi menerima rawatan awal daripada pasukan ambulans Klinik Kesihatan Bangi selepas mengalami sesak nafas akibat menghidu asap.

Kenyataan pemilik restoran di laman Threads

Sementara itu, beberapa [rakaman video] kejadian yang tular di media sosial memaparkan api marak bersama kepulan asap tebal keluar dari bahagian bawah bangunan manakala orang ramai dilihat berkumpul di sekitar lokasi.

Video berkenaan turut menunjukkan operasi pemadaman yang dijalankan anggota bomba bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Dalam pada itu, pemilik rangkaian ayam gepuk tersebut menerusi satu hantaran di Threads memohon maaf kepada semua pihak susulan kejadian yang menimpa cawangannya di Bangi.

"Saya selaku pemilik rangkaian Ayam Gepuk Tok Mat (AGTM) dengan penuh keinsafan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua pihak yang terlibat dengan insiden di cawangan kami di Bangi.

MENARIK DIBACA:  Coklat 'lenyap' dari rak, pasar raya di Perancis henti jualan gara-gara cuaca panas ekstrem

MENARIK DIBACA: Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak bomba dan orang awam atas tindakan pantas yang berjaya mengelakkan kemalangan jiwa daripada berlaku," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap kejadian itu selain mendoakan agar premis berkenaan dapat kembali beroperasi dalam masa terdekat.

"Saya turut berdukacita. Dari Isnin sampai Khamis puasa. Dah niat Jumaat nak makan tengah hari di Gepuk Tok Mat. Tapi ini susunan daripada Allah semoga cepat pulih, Gepuk Tok Mat Bangi.

"Saya turut berdukacita. Semoga Allah memberikan kemudahan amin," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kerajaan diminta kaji cadangan restoran beri air kosong percuma, galak rakyat amal pemakanan sihat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Barista wanita ini beri impak besar buat skuad Piala Dunia AS, individu paling dinanti setiap pagi

Terhangat