info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Barista wanita ini beri impak besar buat skuad Piala Dunia AS, individu paling dinanti setiap pagi

Lead Image

DI sebalik latihan intensif dan persiapan rapi pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2026 Amerika Syarikat, ada seorang individu memainkan peranan penting dalam memastikan semangat pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Bukan jurulatih, bukan juga pemain, sebaliknya individu itu memegang jawatan sebagai barista rasmi pasukan, iaitu Becky Reeves.

Menurut laporan, tugas Reeves mungkin kedengaran luar biasa dalam dunia bola sepak profesional namun kehadirannya adalah yang paling dinantikan pemain setiap pagi sepanjang kem latihan dan kejohanan.

Setiap hari, pemain dan kakitangan pasukan akan beratur untuk mendapatkan secawan kopi disediakan khas oleh Reeves mengikut cita rasa masing-masing.

Sentuhan kecil yang membantu menceriakan hari pemain USMNT.

Lebih mengagumkan, Reeves kini mampu menghafal minuman kegemaran hampir setiap individu malah mengetahui apa yang pilihan mereka untuk cawan kedua atau ketiga.

Bagi Reeves, setiap cawan kopi bukan sekadar minuman tetapi cara untuk memberikan sentuhan peribadi kepada setiap anggota pasukan.

MENARIK DIBACA: Cabaran besar urus makanan di Piala Dunia FIFA 2026

MENARIK DIBACA: Piala Dunia 2026: Sebelum sepak mula, penyokong berpesta 'tailgate' di luar stadium

"Saya sangat berbangga dapat menyediakan minuman yang benar-benar disesuaikan mengikut cita rasa setiap individu.

"Selepas selesai menyediakan kopi, saya dapat menyaksikan pelanggan tetap saya turun berlatih, menendang bola dan bermain di padang," katanya.

Pemain pertahanan AS, Joe Scally mengakui kehadiran Reeves memberi impak besar kepada pasukan, terutama ketika mereka perlu mengharungi kem latihan yang panjang.

Setiap kopi dibancuh mengikut cita rasa pemain.

Menurutnya, rutin mendapatkan kopi setiap pagi bukan sahaja membantu pemain kekal cergas, malah mewujudkan suasana lebih santai dan mengeratkan hubungan antara pemain serta kakitangan.

Dalam kejohanan Piala Dunia yang berlangsung selama lebih sebulan, rutin harian seperti menikmati secawan kopi kegemaran mampu memberikan rasa selesa kepada pemain walaupun berada jauh dari rumah.

Justeru tugas Reeves dianggap lebih daripada sekadar menyediakan kopi kerana dia turut membantu membina semangat berpasukan dan suasana positif dalam kem skuad.

Walaupun tidak pernah turun beraksi di atas padang, peranannya membuktikan bahawa setiap individu di belakang tabir mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah pasukan dengan cara tersendiri.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

[V] Restoran ayam gepuk musnah 70 peratus dijilat api, pemilik tampil mohon maaf

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Coklat 'lenyap' dari rak, pasar raya di Perancis henti jualan gara-gara cuaca panas ekstrem

Terhangat