info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Hidang bufet dalam sungai nampak 'cool', ramai juga risau risiko kesihatan

Lead Image

SATU video memaparkan sekumpulan individu menikmati hidangan bufet di atas meja panjang yang diletakkan di dalam sungai mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, kelihatan orang ramai sedang menikmati hidangan secara santai sambil berdiri di dalam sungai.

Beberapa jenis lauk dihidangkan di atas meja berkenaan dan kelihatan jelas seorang wanita sedang menyenduk hidangan patin tempoyak untuk dinikmati.

Berdasarkan paparan video itu juga, dipercayai sebuah keluarga sedang mengadakan aktiviti berkelah dan menikmati juadah bersama-sama.

Pemilik akaun Threads yang memuat naik video tersebut turut berkongsi keterujaannya terhadap hidangan berkenaan di Taman Negara, Pahang.

"The effort hidangkan makanan memang saya suka sangat. Patin tempoyak dia sumpah 'surr' gonna repeat tapi kita bawa suami pula nanti," tulisnya.

Ramai meluahkan rasa bimbang mengenai aspek kebersihan makanan apabila ia dihidangkan di dalam sungai.

Bagaimanapun, video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempersoalkan aspek kebersihan makanan apabila ia dihidangkan di dalam sungai.

Ada yang meluahkan kebimbangan sekiranya air sungai terpercik ke dalam makanan selain risiko pencemaran serta jangkitan penyakit.

"Tak geli ke air sungai terpercik ke dalam makanan. Bahaya la risiko leptospirosis, jangkitan air kencing tikus.

MENARIK DIBACA: Murid darjah 1 'kantoi' curi makanan cikgu! Bukan untuk makan, tapi jual kepada kawan - "Sedih tengok budak sekarang"

MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'

"Contamination risk nauzubillah. Tahap keselamatan makanan memang gagal.

"Ramai ye tak cerdik dalam ruangan komen ni. Kotor dan pencemaran yang sangat jelas boleh berlaku.

"Memang tak lah, air sungai kalau terpercik dalam makanan memang tidak akan dimakan. Kita tak tau air sungai ada pencemaran ke tak.

Antara komen di laman Threads.

"Bayangkan lengan baju basah. Kita cedok makanan, air tu menitik," antara komen warganet.

Terdapat juga sebahagian netizen yang membangkitkan isu kemungkinan sisa makanan boleh menjejaskan ekosistem sungai sekiranya mereka tidak menitikberatkan perkara itu.

"Hati-hati kencing tikus dan pencemaran sisa makanan merosakkan ekosistem.

"Rosak ekosistem untuk aktiviti 'kepam' (tak bertanggungjawab).

"Dia nampak macam gempak macam cool kan. Tapi aku nampak macam bodoh maaf. But enjoy je la the show kan, sampah jangan buang dalam sungai.

"Tak faham kenapa nak menyusahkan hidang macam tu tak perlu kot sampai paras pinggang kau pergi pacak meja, kalau lutut boleh lagi nak vibes-vibes sungai," komen netizen lagi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Macam nak perang! Aksi budak lelaki pakai perisai sambil tunjuk 'skill' masak jadi perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

"Busy mana pun jangan tinggal solat" - 'Abang matcha' tular, dipuji utamakan ibadat dalam bisnes

Terhangat