info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Botol mineral, isi air sungai! Taktik nenek jual minuman cetus kerisauan

Lead Image

SEORANG peniaga didakwa menjual air paip dan air sungai yang diisi dalam botol mineral di sebuah taman haiwan tertetak di Shanghai, China. 

Tindakan peniaga berusia 80 tahun itu mencetuskan kembimbangan dalam kalangan komuniti dan pelancong yang melawat kawasan pelancongan berkenaan.

Lebih mengejutkan, kegiatan tersebut telah dilakukan selama kira-kira 30 tahun sebelum kembali terbongkar selepas seorang pelancong membuat aduan.

Pelancong tersebut terpaksa membuat aduan mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan Mothership, seorang pelancong menyedari mengenai perkara itu selepas membeli dua botol air mineral berharga 10 yuan (RM6) pada 29 Julai lalu.

Selepas diminum, air dalam botol tersebut terasa pelik sehingga menimbulkan rasa was-was mengenai ketulenan dan kualitinya.

Pelancong itu kemudian memeriksa kedua-dua botol berkenaan dan mendapati tarikh pengeluarannya berbeza, iaitu September 2025 dan Februari 2024.

Perbezaan tarikh itu menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa botol tersebut telah diisi semula.

MENARIK DIBACA: Jangan guna air mineral bancuh susu anak, doktor jelaskan risiko terhadap bayi

MENARIK DIBACA: Wanita dakwa bubbles O2 bantu anak kembali segar selepas muntah, cirit-birit

Sebenarnya, ini bukan kali pertama kes tersebut tular.

Beberapa media tempatan pernah melaporkan kegiatan sama dilakukan peniaga warga emas terbabit pada 2025.

Ketika itu, air yang dijual didakwa kelihatan keruh dan terdapat mendapan di dalam botol.

Pihak berkuasa tempatan dilaporkan telah berkali-kali memberi amaran dan mengarahkan wanita berkenaan menghentikan kegiatan tersebut.

Bagaimanapun, tiada tindakan tegas diambil memandangkan faktor usia wanita itu serta sikapnya yang sukar memberi kerjasama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Maksud 'tumis', nasi goreng Cina dan nasi goreng USA menurut tafsiran netizen

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Tertelan serpihan lidi sate dalam pesawat, wanita saman syarikat penerbangan

Terhangat