Maksud 'tumis', nasi goreng Cina dan nasi goreng USA menurut tafsiran netizen
ADA sesetengah istilah dalam dunia masakan seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan seharian, sehingga ramai tak pernah terfikir tentang maksud sebenar di sebalik perkataan tersebut.
Perkongsian ringkas seorang individu dikenali sebagai Ezzwan Mardzi mencuri tumpuan netizen apabila dia memberitahu tentang singkatan perkataan ‘tumis’.
“Baru tahu perkataan ‘tumis’ tu bermaksud ‘tuang minyak sikit’,” kongsinya di Threads.
Perkongsian itu mengundang reaksi warganet dengan ramai mengambil kesempatan untuk berkongsi maksud atau singkatan istilah makanan digunakan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah tiga jenis nasi goreng yang sering dijual di kebanyakan kedai di Malaysia, tetapi tidak ramai tahu maksudnya.
Sama ada maksudnya benar atau tidak, perkongsian netizen ini sememangnya boleh diterima akal.
1. Nasi goreng Cina
Nasi goreng Cina antara menu harian mudah ditemui di kedai makan, netizen pula tampil dengan tafsiran tersendiri.
Menurut decode dikongsikan, 'Cina' adalah singkatan bermaksud Chilli Is Not Available.
Betul atau sekadar gurauan, pasti istilah itu membuatkan ramai mula berfikir dua kali setiap kali memesan sajian ini yang mana nasi goreng Cina sememangnya langsung tidak mempunyai rasa pedas..
MENARIK DIBACA: Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah
MENARIK DIBACA: 7 makanan sunah ini bantu kawal diabetes... Kajian penyelidik turut sahkan nutrisi, keberkesanannya
2. Nasi goreng USA — Udang, Sotong, Ayam
Bagi peminat nasi goreng USA, singkatan ini mungkin sudah tidak asing lagi.
Tak perlu pening nak hafal nama panjang, 'USA' merujuk kepada 'udang, sotong dan ayam' iaitu tiga bahan utama menjadi pelengkap kepada hidangan nasi goreng itu.

3. Nasi goreng biasa
Lain pula dengan nasi goreng biasa didakwa memiliki maksud tersendiri.
Seorang netizen memberitahu, 'biasa' sebenarnya merujuk kepada 'bilis, ayam dan sayur' yang dimasukkan dalam sajian nasi goreng.
Betul atau tidak istilah digunakan, ‘lawak dapur’ dikongsikan netizen membuatkan ramai mula sedar bahawa terdapat perkataan dalam dunia kulinari sebenarnya sepadan dengan maksudnya.