Satu snek, berbeza selera! Rupanya penggemar rempeyek ada banyak jenis - "Suka yang kosong je"
ZAMAN semakin moden dan canggih, tapi rempeyek kekal sebagai snek wajib musim perayaan.
Selain enak dinikmati secara santai, siapa sangka kudapan klasik itu mampu ‘menyatukan’ warga maya dengan hanya satu hantaran ringkas yang mencetuskan reaksi dan perbincangan hangat tentang selera masing-masing.
Seorang pengguna Threads mula mencuri perhatian menerusi perkongsian gambar rempeyek tanpa kacang.

"Rempeyek tanpa kacang? Take my money," tulisnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuklah yang membalas komen menggunakan gambar.
Seorang wanita menceritakan pengalaman menerima rempeyek daripada jirannya tetapi penuh dengan kacang dan tiada ikan bilis.
MENARIK DIBACA: Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah
MENARIK DIBACA: Aizat Saha makan banyak, tak kira musim raya atau tidak... Stres berat badan susah naik
Sambil berkongsi gambar, individu itu berseloroh meminta netizen melihat apa yang diberikan jiran oleh jirannya.
Dalam masa sama, seorang lagi warganet memuat naik gambar rempeyek kosong tanpa kacang mahupun ikan bilis.
"Ini baru surrr," tulisnya ringkas.
Seorang wanita berpendapat rempeyek petak lebih sedap kerana gabungan rasa pedas dan masin menjadi kegemarannya sejak zaman sekolah.

Namun lain pula kisah seorang pengguna yang kurang bernasib baik apabila mendakwa menerima rempeyek dengan seekor lalat yang melekat pada snek tersebut.
Pendek kata, di ruangan komen rata-rata netizen berkongsi selera masing-masing dengan ada menggemari snek itu dimakan kosong, ada juga yang setia dengan kacang dan ikan bilis.
“Kalau boleh ikan bilis pun tak nak, suka yang kosong je.
“Sedap, lepas tu ikan bilis masin sikit.

“Tolong ajak saya makan sekali, sedapnya!
“Lagi suka rempeyek penuh kacang, nikmat dia!
“Saya pula makan kopek kacang dia je.
“Kalau nenek buat, saya suka kosong sebab tepung tu sendiri dah kisar dengan ikan bilis, udang kering dan rempah," antara komen netizen.