KUALI | Trending

Peniaga kecewa 'runner' bawa kuih 'bersiar-siar', akhirnya rosak! Perjalanan 20 minit jadi 3 jam

Lead Image

SEORANG peniaga kuih meluahkan rasa kecewa apabila tempahan pelanggan yang sepatutnya tiba dalam tempoh singkat akhirnya sampai dalam keadaan rosak selepas dibawa 'bersiar-siar' selama hampir tiga jam oleh seorang 'runner'.

Menurut peniaga tersebut, dia sudah membuat persediaan rapi termasuk menetapkan masa penghantaran yang sesuai serta menandakannya sebagai makanan bagi mengelakkan sebarang isu sepanjang proses penghantaran.

"Saya dah tetapkan masa elok dengan pelanggan dan memang minta untuk guna runner. Saya pun dah baca review runner tu sebelum ni tak sangka jadi macam ni," katanya.

Lebih mengecewakan, perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa sekitar 20 minit bertukar menjadi tiga jam apabila 'runner' berkenaan dilihat bergerak ke pelbagai lokasi sebelum sampai ke destinasi.

Keadaan makanan yang masih baik sebelum diambil oleh 'runner'.

"Saya track melalui aplikasi dari jam 4.30 petang lokasi dah dekat tapi pukul 7.30 malam baru sampai. Bila sampai kuih dah hancur.

"Saya dah telefon dan tanya betul-betul boleh ke bawa kuih. Dia kata boleh siap cakap kawan dia ada sekali. Saya ingatkan dia ada 'thermal bag' atau apa-apa kelengkapan sesuai.

MENARIK DIBACA:  Harga barangan harian ‘mesra rakyat’.. Ini 10 fakta menarik Madani Mart

MENARIK DIBACA: Kek coklat 'sihat' buat guna telur rebus! Tak perlu 'oven', tak guna tepung tekstur tetap lembut

"Dah tanda 'food' masa 'order', sepatutnya 'runner' tahu kena ada 'thermal bag'. Kalau tak sanggup buat kerja dengan betul, jangan susahkan orang. Jangan terima order," katanya, kesal.

Namun realitinya, penghantaran tersebut gagal dikendalikan dengan baik sehingga menyebabkan kualitinya terjejas.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya berkongsi pengalaman hampir sama berdepan isu penghantaran lewat dan tidak profesional.

Ada yang menyifatkan masalah utama bukan pada jenis makanan tetapi sikap runner yang mengambil terlalu banyak tempahan dalam satu masa.

"Isunya bukan kuih tu, tapi dia pusing merata sampai tiga jam. Benda yang sepatutnya 20 minit jadi berjam-jam memang rosaklah," komen seorang netizen.

Seorang lagi turut meluahkan rasa serik menggunakan servis sama selepas beberapa kali berdepan kerugian.

"Saya dah ‘ban’ terus servis tu dari bisnes saya. Pernah biskut raya customer hancur akhirnya kita yang tanggung rugi.

"Ambil pesanan pukul 6 pagi tapi pukul 1 pagi dah 'complete'. Rupanya dia tipu, ambil gambar entah dari mana. Terus rugi duit penghantaran," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Makan tempe mentah, lebih tinggi nutrisi... Lelaki beri nasihat kepada yang nak mencuba

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Satu snek, berbeza selera! Rupanya penggemar rempeyek ada banyak jenis - "Suka yang kosong je"

Terhangat