KUALI | Trending

Uptown Damansara berwajah baharu, peniaga pindah dalam dilema... Ada pula nekad tutup tak mampu bayar sewa

Lead Image

TEMPAT jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Itu juga perasaan ditanggung para perniaga medan selera ikonik Uptown Damansara, Petaling Jaya apabila terpaksa meninggalkan tapak lama mereka setelah bertahun-tahun mencari rezeki di situ.

Bagi mereka, kawasan itu bukan sekadar lokasi berniaga tetapi ia menyimpan seribu satu kenangan, menjadi saksi jatuh bangun mereka dalam dunia perniagaan.

Antara yang terkesan iaitu Kenny, pemilik gerai Yong Tau Fu yang merupakan generasi kedua meneruskan legasi keluarga di Uptown Damansara.

Gerai Yong Tau Fu ini merupakan antara yang lama beroperasi di medan selera itu.

Perniagaan yang diasaskan bapanya sejak 1990 itu telah beroperasi lebih tiga dekad, menjadi antara gerai paling lama di medan selera tersebut.

"Kami pun sudah ada ramai pelanggan setia yang datang makan ke sini setiap hari. Sejujurnya ada rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

"Tetapi apa boleh buat, ini lumrah perniagaan. Suka atau tidak, ini saja cara untuk bertahan kerana kami pun ada keluarga yang perlu ditanggung," katanya kepada Kuali.

Lokasi baharu difahamkan terletak bersebelahan dengan tapak lama dan kerja-kerja renovasi hampir 90 peratus siap.

MENARIK DIBACA: ZUS Coffee tutup operasi 23 Oktober, tanda penghargaan buat Zuristas dan pelanggan setia

MENARIK DIBACA: “Kalau 10 orang macam ni, bankrap mamu!” – Influencer minta makan free, siap bawa famili ‘pekena’ nasi kandar Penang

Pemindahan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha pihak pengurusan untuk menaik taraf medan selera berkenaan dengan kemudahan lebih moden serta suasana yang lebih kondusif.

Pun begitu, pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, ada dalam kalangan perniaga berdepan dilema untuk meneruskan pernigaan dek kenaikan kadar sewa yang mencecah RM5,000 hingga RM9,000 sebulan.

"Kebanyakkan (peniaga) hendak pindah, tetapi ada juga mengambil keputusan menutup perniagaan mereka.

“Kalau ada 20 gerai mungkin 15 saja yang teruskan ke tempat baharu.

Tetapi apa boleh buat, ini lumrah perniagaan.

KENNY 

Pemilik gerai

"Mereka yang orang lama atau berusia tak mahu lagi berniaga dan ada juga cari lokasi lain yang jauh lebih murah sewanya," ujarnya.

Tak dinafikan kenaikan kadar sewa itu pasti memberi kesan kepada operasi perniagaan terutama dari segi penetapan harga makanan.

Menurut pemilik gerai sajian barat dikenali sebagai Malik, kedaan tersebut sedikit sebanyak memberi tekanan kepada peniaga kecil sepertinya.

"Kalau sewa naik, harga pun mesti naik. Risiko itu kami kena hadap sama ada pelanggan datang atau tidak, lebih-lebih lagi bila harga sudah meningkat.

"Kenaikan itu mungkin tak banyak, tapi tetap boleh memberi kesan kepada kehadiran pelanggan tetap," jelasnya.

Kenaikan kadar sewa memberikan tekanan kepada peniaga kecil di medan selera tersebut.

Tapak lama medan selera Uptown Damansara dijangka beroperasi hingga penghujung bulan ini sebelum para peniaga berpindah di lokasi baharu pada awal November ini.

Sebelum ini tular di media sosial mendakwa ramai peniaga di Uptown Damansara akan menutup perniagaan susulan pihak pengurusan akan menaikkan kadar sewa sebanyak RM9,000.

Ramai tidak sanggup menanggung bebanan kenaikan kadar sewa itu yang sebelum ini didakwa hanya sekitar RM3,000 sebulan.

Kenaikan itu dianggap membebankan susulan kekurangan pelanggan di Uptown Damansara sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kerajang aluminium boleh ‘lepas’ logam berbahaya dalam makanan, WHO pun dah bagi amaran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Cinta The Rock Chilli Queen terhadap habanero tetap membara

Terhangat