[V] Aromanya cukup buat perut berbunyi, kayu pokok rambutan rahsia daging salai sedap
BAGI peminat tegar masakan berasaskan daging yang disalai, maka Salai Power yang terletak di Shah Alam wajib masuk dalam senarai tempat makan yang perlu anda singgah.
Antara daging salai yang dihidangkan di sini adalah ayam, daging, itik dan paling istimewa adalah lambshank salai.
Tidak ketinggalan menu popular lain seperti siput sedut masak lemak dan selain ikan dan lemak bakar.
Menariknya, teknik penyalaian menggunakan kayu pondok khas menjadikan setiap hirisan daging empuk dan penuh aroma.

Ini termasuk campuran kayu pokok rambutan bersama halba dan kunyit menghasilkan bau asap yang memikat dan rasa lemak serta manis.
Jika itu tidak cukup, keistimewaan rasa masak lemak resipi turun-temurun menggabungkan nota rasa pedas, lemak dan aroma salai tradisional memang cukup buat ketagih.
Jika anda biasa dengan masak lemak salai ala Negeri Sembilan, bersedialah untuk dikejutkan dengan versi rasa yang lebih padu, lebih pekat dan lebih menyala!
Di sini, kuah masak lemaknya cukup memikat dengan rasa lemak yang menyerap sempurna ke dalam setiap hirisan daging yang disalai sempurna.
MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ daging salai masak lemak dan asam pedas sedap di Ipoh, set RM52 cukup berbaloi kongsi 3 orang
MENARIK DIBACA: [V] Gabungan dua dalam satu, letupan rasa matchamisu buat ramai mula ketagih
Jangan risau, di Salai Power anda boleh memilih tahap kepedasan kuah mengikut ketahanan tekak masing-masing sama ada pedas atau kurang pedas.
Selain itik dan lambshank salai, jangan lupa untuk mencuba lemak bakar yang dihidang bersama air asam.
Gabungan rasa berlemak, hangus manis dari bakaran dan masam pedas dari air asam menjadikan setiap gigitan penuh rasa nikmat.
Sebagai pelengkap, ulam-ulaman segar disediakan untuk memikat selera dan seimbangkan rasa lemak dan pedas.

Salai Power juga menyediakan pelbagai lauk sampingan unik yang sukar didapati di tempat lain antaranya tempoyak daun maman dengan rasa masam manis serta cendawan sisir masak lemak.
Rasa tempoyak daun maman ini lengkap dengan gabungan rasa masam yang segar dan manis lembut memberi kelainan pada setiap suapan.
Tak kurang hebat, cendawan sisir masak lemak pula kaya dengan rasa lemak berkrim dan sedikit manis melengkapkan hidangan dengan tekstur lembut dan aroma harum.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 010-313 1955.
Lokasi: Salai Power Restaurant, Lot 3123, Batu 8, Jln Kebun Tambahan, Batu 8, 40450 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10. 30pagi – 11.30 malam setiap hari