[V]‘Tudiaaa’ banjir pinggan kuah nasi kandar, padu makan sampai licin
SEBUT fasal nasi kandar, perkara pertama terlintas pastinya aroma rempah kuah banjir campur.
Aroma kari menyengat, digaul bersama kemanisan kuah kuzi padu dan kicap bersama sambal nyok memang cukup buat perut bergetar!
Buat pencinta nasi kandar sekitar Lembah Klang dan Selangor, tak perlu pandu jauh sampai ke Pulau Pinang kerana sajian itu kini ada di Bukit Jalil.

Nasi Kandar Bendi Gani Maju, menghidangkan lebih 10 seleksi lauk pauk dimasak segar kaya dengan aroma sekali cuba pasti membuatkan anda rindu untuk kembali.
Belum lagi ditambah dengan lauk, kuah banjir dituang cukup rasa antara pedas berempah kuah kari dan diimbangi manis masam kuah kuzi serta kicap pekat melekat di lidah.
Makan pula dengan lauk popular seperti ayam bawang rempah wangi, sotong sambal manis pedas, telur sotong gebu, bendi rebus dan sambal nyok cukup membangkit selera.
MENARIK DIBACA: Rambang mata tengok pastri di Chef Kecik Boulangerie, croissant cicah coklat panas buat ramai jatuh hati
MENARIK DIBACA: Burger nyamuk makanan mewah di Afrika, 7 kali ganda lebih banyak protein
Tak ketinggalan, pilihan lauk signatur nasi kandar yang lain seperti daging masak hitam empuk bersama kuah pedas manis, ikan goreng garing enak dimakan dengan sambal nyok, udang sambal padu, enak dicuba.
Bagi penggemar sayur, disarankan cuba kerangupan peria goreng sebagai lauk sampingan memberikan rasa pahit pedas seimbang.
Bukan itu sahaja, pengunjung datang pasti tertarik dengan kemesraan joki dengan karakter tersendiri.

Setiap kali mencedok kuah, laungan penuh semangat ‘Tudiaaaa..’ mencipta suasana unik menyambut pelanggan.
Alamat: 28, Jalan Jalil 1, The Earth @ Bukit Jalil, 43300 Kuala Lumpur
Waktu operasi : Setiap hari, 11:30 pagi hingga 8 malam