Saiz ayam besar dan puas makan, harga pula cukup berpatutan
BARANGKALI ayam goreng adalah 'comfort food' paling digemari ramai tetapi pilihan yang terdapat di pasaran adalah berasaskan makanan segera.
Jangan bimbang, di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur, restoran Hott Chickk menyajikan ayam goreng yang sedap dan dimasak segar setiap hari.
Tidak hanya itu, ia datang dalam hidangan bersaiz besar dengan harga berpatutan yang sesuai untuk dikongsi seisi keluarga.

Kalau singgah ke sana, jangan lupa mencuba set Jumbo Tenders – hidangan lima ketul ayam yang bukan sahaja bersaiz besar tetapi tekstur kulit ranggup diluar manakalanya isinya cukup 'juicy'.
Setiap gigitan, perapan rempah pada dagingnya cukup terasa menunjukkan proses perapan dilakukan dengan teliti agar rasanya premium.
Apabila dipadankan dengan sos ranch bawang putih yang pekat berkrim, kombinasi ini benar-benar membangkitkan lagi keenakan ayam goreng tersebut.
MENARIK DIBACA: Rambang mata tengok pastri di Chef Kecik Boulangerie, croissant cicah coklat panas buat ramai jatuh hati
MENARIK DIBACA: Burger nyamuk makanan mewah di Afrika, 7 kali ganda lebih banyak protein
Bukan itu sahaja, set dua ketul ayam goreng mereka juga tidak kurang hebatnya.
Teksturnya rangup dan juicy seperti chicken tender, tetapi dengan tahap kepedasan ‘hot’ jauh lebih menyengat.
Rasa pedasnya yang menyerlah mampu membuatkan pelanggan berpeluh sehingga tak senang duduk, lebih-lebih lagi bagi yang tidak tahan pedas.

Kepedasan ini sedikit mendominasi rasa perapan ayam, jadi jika anda mahukan rasa yang lebih seimbang, disyorkan untuk memilih tahap ‘mild’ sahaja.
Setiap set turut didatangkan dengan dua jenis hidangan sampingan yang boleh dipilih mengikut cita rasa.
Antara pilihan yang tersedia ialah curly fries, potato wedges, kentang goreng Cajun, dan coleslaw.

Bagi pencinta minuman manis, milkshake Hott Chickk juga wajib dicuba.
Tersedia dalam pelbagai perisa, milkshake mereka memang pekat dan penuh dengan topping seperti whipping cream dan sos coklat yang melimpah ruah.
Menikmati ayam goreng panas-panas bersama milkshake sejuk sememangnya kombianasi yang padu!

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 014-320 4040
Lokasi: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 am - 11 pm (setiap hari).