info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

"Tak tahan tengok ketam gemuk" - Ramai terliur lihat masak lemak MimiFly, cuma guna 6 bahan

Lead Image

WALAUPUN menu yang disediakan cukup ringkas, namun air tangan MimiFly ketika menyediakan hidangan kegemarannya iaitu ketam masak lemak cili api telah membuatkan ramai terliur.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Mimi dalam Instagram, penyanyi lagu Serumpun itu berkongsi video ketam masak lemak cili api dengan menggunakan enam bahan sahaja.

Dalam video tersebut, kelihatan Mimi hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti ketam, cili api, kunyit hidup, santan, serai, garam dan asam keping.

Mimi hanya menggunakan enam bahan sahaja untuk sediakan hidangan ketam masak lemak cili api.

"Nak masak 'simple' je, tiba-tiba ada 'mood' nak masak.

"Guna enam bahan, nampak sedap.

"Kalau ketam gemuk-gemuk saya memang tak boleh tahan," tulisnya dalam video tersebut.

MENARIK DIBACA: [V] ‘Ayam Gepuk Kriuk’ buat berpeluh, sekali cuba memang ketagih

MENARIK DIBACA: Sekaya labu manisan kegemaran orang Pantai Timur, sedap dimakan sejuk-sejuk 

Walaupun masakan yang dihasilkan terlihat 'kosong' tanpa bahan tambahan lain seperti nanas, masakannya memang kelihatan sempurna dan mengiurkan.

Malah, ada juga pengikutnya menyarankan supaya Mimi menambah potongan nanas ke dalam masakan kerana dikatakan lebih sedap.

"Kita telan air liur tengok dia makan.

"Mimi punya fasal semua orang nak cari ketam.

"Sedapnya, kalau letak nanas lagi surrr!" antara komen netizen.

Antara komen yang ditinggalkan pengikutnya dalam Instagram.

Selain lincah di pentas, ternyata Mimi juga aktif di dapur dan menjadikan aktiviti memasak sebagai terapi untuk dirinya.

Kata Mimi ketika ditemui Kuali sebelum ini, dia gemar belajar sesuatu perkara baharu, termasuk resipi masakan yang memberikan manfaat untuk dirinya.

"Saya kuat makan, jadi saya kena tahu memasak.

"Selain itu memasak adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan," katanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Tokti penggemar ikan sungai, malu-malu mengaku handal masak patin tempoyak - "Level kepakaran 9 per 10"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] Marc Syahmie tak pantang makan berlemak, tapi ada kaedah sendiri elak berat badan naik

play

Terhangat