"Janganlah lurus bendul sangat" - Irfan Zaini nasihat golongan 'kaki makan', geng amal diet ekstrem
AKTOR berbakat besar, Irfan Zaini menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya bijak dalam menjaga kesihatan diri, terutama dari aspek pemakanan.
Kata Irfan, tidak salah sebenarnya untuk seseorang itu makan apa jua jenis makanan yang diidamkan, namun ia haruslah seimbang dan disusuli dengan aktiviti fizikal.
Menurut satu-satunya pelakon dari Malaysia yang pernah berlakon bersama bintang filem India, Thalapathy Vijay itu, rutin bersenam dan memperbanyakkan minum air putih merupakan cara terbaik untuk individu bergelar 'kaki makan' menjaga kesihatan dan mengawal berat badan.
Apatah lagi Malaysia sendiri terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan, seseorang itu harus bijak mengawal pemakanan supaya tidak memudaratkan diri sendiri.
TONTON VIDEO PENUH