KUALI | Video

Roti mantou kuah kelah buttermilk paling sedap, hanya RM10

KALAU sudah bosan dengan menu sama setiap hari, apa kata cuba kelazatan mantou bun clam buttermilk.

Roti mantou yang digoreng panas-panas dihidangkan bersama kelah masak buttermilk berlemak dan pedas dengan aroma daun kari memang membuka selera.

Sebagai padanan hidangan itu, risoles ayam digoreng panas-panas turut menambah selera ketika makan.

Tak payah susah-susah buat sendiri, singgah sahaja di car boot Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dan rasai sendiri keenakan dua hidangan ini di Mantou Bun Clam Buttermilk. 

Lokasi: Mantou Bun Clam Buttermilk, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi : Setiap hari, 6 petang hingga 12 tengah malam.

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular