KUALI | Video
Trik mudah cuci ketuhar guna lemon, tak payah sental pun berkilat
RAMAI jarang mencuci ketuhar di rumah kerana menganggap ia tugas menyusahkan.
Tetapi membiarkan ketuhar tidak bercuci memang boleh menyebabkan rumah berbau hapak.
Tapi dengan trik menggunakan lemon, sabun pencuci pinggan, cuka dan air boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah.
Hanya panaskan campuran itu selama tiga minit dalam ketuhar, kemudian lap ketuhar menggunakan tisu atau kain bersih.
Percayalah, ketuhar anda lebih mudah dibersihkan dan kelihatan bersih serta harum seperti baru!
Tonton video penuh di YouTube Kuali.