Rimas dapur banyak bari-bari? Buat 'perangkap' guna gula, cuka dan sabun
MASALAH serangga kecil berterbangan di dapur memang merimaskan lebih-lebih lagi apabila jumlahnya tak berkurang walaupun sampah sudah diuruskan dengan baik.
Itulah situasi dialami seorang wanita di Threads, Nurrulsyafina yang mengakui tertekan apabila berdepan masalah bari-bari di dapur rumahnya.
Dia berkata masalah itu tetap berlaku walaupun sampah tidak dibiarkan lama dan tong sampah sentiasa ditutup.

Buntu memikirkan cara untuk mengatasinya, dia kemudian menemui satu petua menerusi TikTok.
Dia pada mulanya menyangka petua berkenaan tidak berkesan namun lama kelamaan mendapati banyak bari-bari berjaya terperangkap.
Berikut Kuali kongsikan cara-caranya:
Bahan-bahan
- 3 hingga 4 sudu gula
- 2 sudu cuka putih
- Sedikit cecair sabun pencuci pinggan
- Sebuah bekas besar
MENARIK DIBACA: Pilih susu oat, soya dan badam kerana anggap lebih sihat? Fakta penting ini anda perlu tahu
MENARIK DIBACA: Kuih apam bakar ada rasa pisang dan rempah, sajian tradisional unik dari Kelantan
Cara penyediaan
- Sediakan sebuah bekas untuk dijadikan perangkap bari-bari.
- Masukkan tiga hingga empat sudu gula ke dalam bekas.
- Tambahkan dua sudu cuka putih bagi menghasilkan bau seakan-akan buah.
- Masukkan sedikit cecair sabun pencuci pinggan dan ratakan campuran di dalam bekas supaya bari-bari yang masuk melekat di dalamnya.
- Letakkan perangkap dan biarkan selama beberapa hari untuk melihat hasilnya.
Tip: Kaedah ini memerlukan kesabaran kerana bari-bari tidak semestinya terperangkap dalam tempoh beberapa jam. Proses ini boleh mengambil masa beberapa hari untuk menangkap lebih banyak bari-bari.