Masak 'mix vege' beku saranan chef, teknik tumis lebih sedap
SAYUR yang dibekukan memang cukup memudahkan kerja memasak tetapi kaedah kurang tepat boleh membuatkan rasanya hambar.
Ramai memilih untuk merebusnya kerana lebih cepat, tetapi cef profesional menyarankan teknik menumis untuk menghasilkan rasa yang lebih enak.
Menurut Chef Dennis Littley, memasak sayur yang beku menggunakan suhu tinggi bersama sedikit minyak zaitun akan menaikkan lagi rasanya.

“Teknik menumis menghasilkan kesan karamelisasi pada bahagian tepi sayuran sekali gus memberikan rasa yang lebih kaya,” katanya.
Caranya mudah, panaskan satu hingga dua sudu besar minyak zaitun, kemudian masukkan sayur beku tanpa perlu dinyahbekukan terlebih dahulu.
Tumis selama lima hingga lapan minit sambil dikacau sekali sekala, kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam.
MENARIK DIBACA: Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama
MENARIK DIBACA: Tip simpan baki daun sup agar tak cepat layu, kekal wangi... Tiada lagi pembaziran!
Untuk rasa yang lebih segar, tambahkan sedikit perahan jus lemon bagi mengimbangkan kemanisan semula jadi sayur sebelum dihidangkan.
Teknik ini sesuai untuk pelbagai jenis sayur beku seperti kacang pis, jagung, lobak merah dan bunga kubis.
Hasilnya, sayur-sayuran beku bukan sahaja lebih berperisa, malah teksturnya juga kekal rangup dan menyelerakan.