info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Rebus kerang tak perlu letak air nak elak kecut, memang terasa kemanisan isi

Lead Image

MEREBUS kerang nampak mudah, tetapi kalau tekniknya silap isi mudah jadi kering, kecut dan hilang rasa manis.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Farzana Sajidah berkongsi cara yang diajar oleh ibunya untuk merebus kerang tanpa menggunakan air.

Menurutnya, selepas dicuci bersih, kerang boleh terus dimasukkan ke dalam kuali sebelum api dihidupkan.

“Selepas kerang dicuci bersih, terus masuk dalam kuali. Hidupkan api dan kacau saja.

Sebelum merebus, kerang perlu dibasuh bersih.

“Balik-balikkan, nanti air kerang akan keluar. Cuba buka satu. Kalau boleh buka maksudnya sudah boleh tutup api,” kongsinya.

Menerusi ruangan komen, dia memberitahu kaedah tersebut bagaimanapun tak sesuai digunakan untuk kepah. 

"Untuk kepah, dia (ibu) biasanya akan memasukkan sedikit air bersama bahan seperti cili padi dan serai sebab biasanya dijadikan lauk untuk makan dengan nasi. Isinya pun lebih halus," tulisnya.

Perkongsiannya mendapat perhatian warganet yang mengakui mereka turut menggunakan teknik sama apabila merebus kerang.

MENARIK DIBACA: Kelapa tampuk merah dipercayai banyak kelebihan, baik untuk pesakit kanser jalani kemoterapi

MENARIK DIBACA: Ketahui fakta menarik kelapa, dari mana datangnya air dalam buah?

"Sebagai isteri nelayan, saya setuju. Tapi kalau risau air kering boleh letak air sikit dan garam. Rebus sehingga kerang terbuka. Sedap sangat berjus. 

Perkongsian netizen turut menggunakan petua sama.

"Sama macam ibu saya masak. Sejak zaman sekolah sudah berniaga, ini cara ibu rebus. Letak serai dan bawang putih. Isi kerang jadi kenyal dan manis tak kering. 

"Ya, saya dari kecil lagi ibu bapa ajar cara rebus sama. Jadi, saya lebih suka masak sendiri kerang dan tak ramai tahu teknik ini. Buka api, tutup periuk, biar dalam 5 minit lalu tutup api. 

"Saya pun rebus cara sama, ketuk serai, letak daun kunyit sikit dan sangat harum," antara komen netizen 

Bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah cuba kaedah tanpa air ini untuk melihat perbezaannya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Keliru penggunaan baking soda, baking powder? Ingat je formula 'P dan S'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Kepentingan cuci getah penutup periuk tekanan, ramai basuh luar je!

Terhangat