info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Keliru penggunaan baking soda, baking powder? Ingat je formula 'P dan S'

Lead Image

PENGGUNAAN serbuk penaik boleh membantu menghasilkan cekodok atau jemput-jemput yang lebih gebu dan lembut apabila dimakan.

Tidak hairanlah ada yang menjadikannya sebagai bahan penting dalam adunan cekodok bagi mendapatkan hasil gorengan yang lebih cantik.

Bagaimanapun, seorang netizen menyuarakan kemusykilan mengenai bahan penaik yang sesuai digunakan untuk membuat sajian ini memandangkan terdapat pelbagai resipi yang menggunakan bahan berbeza.

Hantaran individu tersebut menerusi laman Threads.

“Tumpang tanya buat cekodok guna baking soda ke baking powder... Tersalah beli, aku beli baking powder,” soalnya di media sosial.

Pertanyaan tersebut segera menarik perhatian netizen di Threads yang tampil berkongsi petua masing-masing.

Seorang individu berkongsi teknik mudah dikenali sebagai ‘S’ dan ‘P’ untuk membantu mengingati perbezaan kedua-dua bahan tersebut serta tekstur yang dihasilkan.

MENARIK DIBACA: Tip ‘anti gagal’ buat cekodok pisang rangup, tak serap minyak... Bentuk pun bulat cantik

MENARIK DIBACA: 'Padah' kreatif buat 'cekodok churros', isteri lega suami tak jadi mengamuk - "Terkekek sambil goreng"

“Nak senang I ingat macam ni je. S dan P.

“Baking Soda - S - Spread - meleper (bentuk) adunan ke tepi.

“Baking Powder - P - Puff - menaikkan adunan ke atas,” kongsinya.

Tambahnya lagi, bagi mendapatkan bentuk cekodok yang lebih bulat dan cantik, antara teknik yang sering dilakukan adalah dengan mencedok adunan sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

Komen netizen di laman Threads.

“Cekodok gebu bentuk sfera cantik guna baking powder (P), scoop bulatkan dulu sebelum masuk minyak panas,” katanya sambil berkongsi gambar.

Dia turut berkongsi gambar cekodok berbentuk leper yang dibuat menggunakan baking soda (S).

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi bahawa mereka menggunakan kedua-dua jenis serbuk penaik dalam adunan cekodok.

“Kalau saya buat cekodok pisang, saya letak dua-dua. Satu sudu kecil baking soda, satu sudu kecil baking powder,” komen seorang netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Teknik berkesan panaskan lebihan piza! Doh kekal lembut, keju tak hangus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rebus kerang tak perlu letak air nak elak kecut, memang terasa kemanisan isi

Terhangat