info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

[V] Masih gagal rebus sagu? Guna teknik 5:30:5 cukup mudah, tak perlu rendam dulu

Lead Image

NAMPAK mudah, tapi sebenarnya ramai masih gagal merebus sagu dengan sempurna.

Ada yang masih keras di bahagian tengah, terlalu lembik, melekat atau hancur ketika dimasak.

Sebenarnya, cara merebus sagu tidaklah serumit disangka. 

Menerusi perkongsian Threads, seorang pengguna memberitahu dia menggunakan teknik mudah iaitu 5:30:5 untuk merebus sagu. 

Sagu gula Melaka antara pencuci mulut tradisional yang cukup popular.

"Terima kasih yang kongsi teknik 5:30:5, jadi cantik dan tak perlu kacau lama biji sagu. 

"Selama ni 90 peratus percubaan masak sagu gagal dan hangit, satu rumah terlibat mengacau sagu, tapi tak masak rata," kongsinya di Threads. 

Menerusi teknik dikongsikan itu, sagu dihasilkan tidak bergumpal dan masak sekata. 

Berikut adalah cara merebus sagu menggunakan teknik 5:30:5

1. Didihkan air

Gunakan air banyak dan pastikan ia betul-betul mendidih sebelum memasukkan sagu. Sagu tidak perlu dibasuh atau direndam terlebih dahulu.

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama

MENARIK DIBACA: Pemuda dedah bahaya cili kering berdebu, berkulat! Jangan 'termakan' pujuk tauke kedai

2. Rebus lima minit

Masukkan sagu ke dalam air sedang mendidih. Kacau seketika supaya biji sagu tidak melekat antara satu sama lain.

Kemudian, biarkan ia masak selama lima minit menggunakan api sederhana.

3. Tutup api, rehat 30 minit

Selepas lima minit, tutup api dan tutup periuk dengan rapat.

Biarkan sagu terendam dalam air panas selama 30 minit. Dalam tempoh ini, biji sagu akan terus masak perlahan-lahan dan berubah menjadi semakin jernih.

Masukkan sagu ke dalam air mendidih dan rebus selama lima minit sambil dikacau seketika.

4. Masak semula selama lima minit

Selepas 30 minit, buka penutup dan hidupkan semula api.

Masak dan kacau sagu selama kira-kira lima minit sehingga semua tanda putih di bahagian tengah biji sagu hilang sepenuhnya.

Bilas sagu sudah direbus dengan air.

5. Bilas lebihan kanji

Akhir sekali, angkat dan toskan sagu sebelum lalukan di bawah air paip biasa.

Langkah ini membantu membuang lebihan kanji supaya sagu tidak terlalu melekat dan lebih berderai.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu risau mata pedih sebab potong bawang, guna tip rendam ais selesai masalah!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara cuci kuali berkerak guna serbuk penaik dan air, pasti terkejut tengok hasilnya!

Terhangat