Tak perlu risau mata pedih sebab potong bawang, guna tip rendam ais selesai masalah!
BUKAN sahaja mata berair, malah ada yang sampai terpaksa berhenti seketika tugas menghiris bawang kerana tidak tahan dengan rasa pedih.
Jangan risau kerana terdapat satu petua mudah boleh dicuba untuk mengurangkan rasa pedih mata ketika mengendalikan bawang di dapur.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Suriya Abdullah berkongsi tip kupas atau hiris bawang menerusi satu hantaran di Threads.

“Tip minggu ini, kalau tak nak menangis dan rasa bawang yang kuat, rendamkan hirisan bawang ke dalam air bercampur ais batu,” kongsinya di Threads.
MENARIK DIBACA: Ramai kongsi perubahan lepas makan bawang putih mentah... Bantu turunkan kolesterol, rasa lebih sihat
MENARIK DIBACA: Tip simpan beras guna bawang putih, tahan 4 tahun... Boleh letak dalam bekas, beg vakum
Menerusi video pendek dikongsikan, wanita itu menunjukkan cara menyediakan air sejuk dengan memasukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas berisi air.
Bawang besar sudah dihiris kemudiannya dimasukkan ke dalam air berkenaan dan dibiarkan seketika sebelum digunakan dalam masakan.

Menurut perkongsian tersebut, kaedah itu boleh membantu mengurangkan rasa bawang terlalu kuat sekali gus membuatkan pengalaman menghiris bawang lebih selesa.
Petua ini juga cukup mudah kerana hanya memerlukan air dan ais batu, dua bahan lazimnya memang tersedia di rumah.
Jadi, selepas ini tak perlu lagi tahan pedih mata setiap kali mahu menyediakan bawang besar.
Boleh cuba rendam terlebih dahulu dan lihat sendiri hasilnya.