Cuci mesin waffle tak perlu sental lama, guna je tepung jagung tanggal kotoran
ADA sesetengah orang menganggap tidak perlu bersusah payah membersihkan mesin waffle kerana prosesnya agak renyah.
Lebih-lebih lagi kalau kerap digunakan, bahagian ‘plate’ mesin memang mudah dipenuhi sisa adunan, minyak dan gula hangus.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, terdapat petua mudah diamalkannya untuk membersihkan mesin waffle tanpa perlu menyental terlalu lama.

Menariknya, hanya menggunakan tepung jagung dan air, kotoran yang melekat pada bahagian ‘plate’ dikatakan lebih mudah ditanggalkan.
“Jumpa pun cara mudah untuk bersihkan mesin waffle ni.
“Mak pula guna mesin yang sama juga untuk buat croffle, habis lekat gula dekat plate tu. Tapi senang dah ye!” tulisnya.
MENARIK DIBACA: Waffle berbentuk kasut Crocs jadi kegilaan di China, sudah mula masuk Malaysia
MENARIK DIBACA: Cuci kuali guna asam keping, bersih berkilat tanpa bahan kimia
Cara bersihkan mesin waffle guna tepung jagung
- Campurkan 100g air dengan 30g tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
- Selepas menggunakan mesin waffle, pastikan plate masih panas tetapi jangan sentuh permukaannya dengan tangan.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung pada bahagian plate yang mempunyai kotoran.
- Biarkan bancuhan tersebut seketika supaya ia menyerap dan ‘mengangkat’ sisa gula.
- Selepas itu, tanggalkan kotoran yang telah lembut menggunakan kain atau tisu yang sesuai.