info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Tip simpan minyak masak, elak kualiti terjejas... Jernih bukan jaminan masih elok!

Lead Image

SETIAP kali nak menumis atau menggoreng, mak-mak mesti akan ambil botol minyak yang diletakkan berdekatan dengan dapur memasak.

Senang, capai dan terus tuang dalam kuali!

Bagaimanapun, tabiat yang nampak remeh ini sebenarnya boleh menyebabkan kualiti minyak masak cepat merosot.

Menurut laporan Times of India, haba, cahaya dan oksigen merupakan antara faktor yang boleh menjejaskan kualiti minyak masak.

Minyak yang sudah tidak segar mengeluarkan bau tengik.

Walaupun warna minyak mungkin masih nampak jernih seperti biasa, kualitinya boleh dikesan melalui perubahan pada bau dan rasa.

Minyak yang sudah tidak segar mungkin mengeluarkan bau tengik, hapak, seakan-akan kulat malah ada juga berbau seperti cat.

Bukan itu sahaja, rasanya juga boleh berubah menjadi pahit dan kurang enak apabila digunakan untuk memasak.

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk menjaga kualiti minyak masak?

MENARIK DIBACA: Minyak paket murah tapi ramai risau kualiti, risiko kesihatan... Pengguna perlu tahu fakta ini!

MENARIK DIBACA: Minyak masak terpakai jangan dibuang, ini 5 tempat boleh dijual selain ejen persendirian

Minyak boleh teroksida

Apabila minyak terdedah kepada oksigen, proses oksidasi boleh berlaku apabila lemak dalam minyak bertindak balas dengan oksigen.

Proses ini lama-kelamaan boleh menyebabkan perubahan pada bau dan rasa minyak.

Sebab itu minyak yang sudah lama terdedah kepada udara biasanya akan mula mengeluarkan bau tengik atau hapak.

Jangan letak dalam botol jernih

Cahaya juga boleh menjejaskan kualiti minyak, terutama jika botol diletakkan di rak terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari.

Tak hairanlah sesetengah minyak seperti minyak zaitun menggunakan botol berwarna gelap untuk membantu melindungi kandungannya daripada cahaya.

Cahaya juga boleh menjejaskan kualiti minyak terutama jika botol diletakkan di rak terbuka.

Selalu buka tutup botol pun tak elok

Kalau minyak tinggal separuh botol dan masih digunakan dalam tempoh yang lama, proses pendedahan kepada oksigen akan berlaku berulang kali setiap kali penutup dibuka.

Semakin lama minyak dibiarkan dalam keadaan tersebut, semakin tinggi kemungkinan kualitinya merosot.

Cara penyimpanan minyak yang betul

Selepas digunakan, simpan minyak masak di tempat yang sejuk, gelap dan kering seperti dalam kabinet dapur atau pantri.

Pastikan penutup botol ditutup rapat selepas setiap penggunaan supaya minyak tidak terlalu terdedah kepada udara.

Kalau anda jenis yang jarang memasak, lebih baik beli minyak dalam saiz yang kecil.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ada sebab orang dulu-dulu tak guna sabun cuci lesung batu, cuma jirus air panas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cuci mesin waffle tak perlu sental lama, guna je tepung jagung tanggal kotoran

Terhangat