info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Nak lembutkan daging tak perlu rebus berjam-jam, guna saja teknik 5/30/7

Lead Image

REBUS daging sampai empuk memang bukan kerja mudah, lebih-lebih lagi kalau tak ada periuk tekanan tinggi atau 'pressure cooker'.

Biasanya, daging perlu direbus selama berjam-jam untuk mendapatkan tekstur yang betul-betul lembut. 

Daging perlu direbus selama berjam-jam untuk mendapatkan tekstur yang betul-betul lembut.

Selain mengambil masa, penggunaan gas dalam tempoh lama pun boleh meningkatkan kos memasak.

Bagaimanapun, menurut perkongsian pengguna Instagram @kakakbukanchef, ada satu teknik mudah yang boleh dicuba iaitu kaedah 5/30/7.

“30 minit tu tak guna gas pun. Biar haba yang masih terperangkap dalam periuk sambung kerja,” katanya.

MENARIK DIBACA: Beras dan cili sangai rahsia sup daging Thai enak lain macam

MENARIK DIBACA: Tak semua daging korban sesuai dimasak sate, ini penjelasan cef

Berikut petua merebus daging menggunakan teknik 5/30/7:

  1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan daging dalam air yang mendidih dan biarkan selama lima minit. Pastikan terendam sepenuhnya.
  3. Selepas lima minit, tutup api dan terus tutup periuk dengan penutup. Jangan buka penutup sepanjang tempoh 30 minit supaya haba tidak keluar.
  4. Selepas cukup 30 minit, buka api semula dan biarkan daging mendidih selama tujuh minit.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

[V] Lebihan santan kotak jangan buang! Ini cara bekukan dalam bekas ais silikon

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara bezakan cili pedas! Bentuk bukan penentu, ambil tahu juga tentang capsaicin

Terhangat