info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

[V] Lebihan santan kotak jangan buang! Ini cara bekukan dalam bekas ais silikon

Lead Image

SANTAN kotak sudah dibuka serta tak habis digunakan sering berakhir dalam tong sampah dan tindakan itu sememangnya satu pembaziran.

Seorang wanita berkongsi cara cukup mudah untuk mengelakkan pembaziran, terutama bagi ibu yang kerap menggunakan santan ketika memasak.

Wanita dikenali sebagai Nad berkongsi tip tersebut menerusi satu video pendek yang menunjukkan cara menyimpan lebihan santan kotak menggunakan bekas silikon berbentuk ais.

“Mommy yang guna santan kotak untuk masak, kalau dah buka tapi tak habis, boleh tuang dalam ice cube tray dan terus bekukan. Nanti nak guna ambil ikut yang perlu sahaja. Senang dan tak membazir,” kongsinya di Threads.

Menurut Nad, santan sudah dibekukan juga boleh digunakan semula untuk menyediakan menu lain tanpa masalah berketul.

Kaedah itu dianggap lebih praktikal kerana santan boleh diambil mengikut kuantiti yang diperlukan tanpa perlu membuka kotak baharu setiap kali memasak.

Dalam perkongsian sama, Nad turut menunjukkan lebihan santan dituangkan ke dalam bekas ais silikon sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.

Dia turut berkongsi beberapa gambar masakan yang disediakan menggunakan santan berkenaan.

Bagaimanapun, Nad mengingatkan supaya tarikh luput turut dicatat pada bekas selepas santan dipindahkan, selain menyarankan supaya santan berkenaan digunakan dalam tempoh yang tidak terlalu lama.

MENARIK DIBACA: Titik terendah pelanggan! Lepas 'mengemis' duit ibu nak beli nasi, rider letak pesanan di tong sampah

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

“Saya selalu guna, jadi tak lama sangat simpan. Tapi tulis tarikh luput juga, jangan lupa,” katanya.

Tip ringkas itu ternyata menarik perhatian ramai, khususnya golongan ibu yang mengakui sering berdepan masalah lebihan santan selepas memasak.

“Terima kasih untuk idea ini. Lepas ini dah tak buang kalau dah lama sangat dalam peti sejuk.

“Selama ini buang saja baki santan tu sebab saya malas.

“Wah, senang. Nanti boleh cuba buat cara ini,” komen netizen.

Daripada santan hampir terbuang, sebenarnya boleh disimpan dalam bentuk kiub dan digunakan sedikit demi sedikit.

Cara mudah sebegini bukan sahaja menjimatkan bahan masakan, malah membantu mengurangkan pembaziran di dapur.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tumis tomato dulu baru masuk bawang rahsia dapatkan rasa 'MSG' semula jadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Nak lembutkan daging tak perlu rebus berjam-jam, guna saja teknik 5/30/7

Terhangat