info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cara bezakan cili pedas! Bentuk bukan penentu, ambil tahu juga tentang capsaicin

Lead Image

PERNAH tak beli cili, tetapi bila dimasak tahap kepedasannya tidak konsisten?

Hari ini pedas menyengat, minggu depan pula rasa cili kurang pedas walaupun bentuk dan jenisnya nampak hampir sama.

Rupanya ada sebab perkara itu berlaku dan ia bukanlah kebetulan.

Menurut perkongsian seorang pengguna Instagram dikenali sebagai Jason Jezi, terdapat cara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti tahap pedas cili berdasarkan bentuknya.

Kepedasan cili berkemungkinan disebabkan kandungan capsaicin,

“Kalau tegak lurus, tak pedas manakala bentuk bengkok kerinting pula lebih pedas,” kongsinya.

Perkara ini berkemungkinan disebabkan kandungan capsaicin, iaitu sebatian yang memberikan sensasi pedas apabila kita makan cili.

Bagaimanapun, bentuk cili bukan ukuran yang tepat untuk menentukan sama ada ia pedas atau tidak.

Jumlah capsaicin dalam setiap cili pula boleh berbeza walaupun ia datang daripada jenis atau varieti yang sama.

MENARIK DIBACA: Buat baja organik guna sisa ikan bilis! Tanaman subur, tomato dan cili 'meriah' di pokok

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

Antara faktor yang boleh mempengaruhi tahap kepedasan termasuk varieti cili, tahap kematangan, keadaan penanaman, suhu, bekalan air dan tekanan yang dialami pokok.

Malah, bahagian cili juga memainkan peranan.

Capsaicin banyak tertumpu pada plasenta, iaitu bahagian putih di dalam cili tempat biji melekat.

Justeru, bentuk cili bukan ukuran yang tepat untuk menentukan sama ada ia pedas atau tidak.

Sebaliknya membuang bahagian putih berkenaan boleh membantu mengurangkan rasa pedas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Nak lembutkan daging tak perlu rebus berjam-jam, guna saja teknik 5/30/7

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Sambal pedas sampai tak boleh makan, petua campuran bahan bantu ‘selamatkan’ masakan

Terhangat