info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Sambal pedas sampai tak boleh makan, petua campuran bahan bantu ‘selamatkan’ masakan

Lead Image

TENGAH seronok masak sambal, sekali bila dah siap tahap kepedasannya sampai berair mata!

Situasi sebegini mungkin pernah berlaku kepada anda yang gemar memasak. 

Hendak dibuang sayang, nak masak semula pula bahan dah habis, jadi makan jugalah walaupun terpaksa tahan pedas.

Situasi ini turut dilalui seorang wanita di Facebook yang meminta pandangan netizen mengenai cara untuk menghilangkan rasa pedas pada sambal yang sudah dimasak.

"Ada tip tak untuk hilangkan rasa sambal yang pedas sangat ni? Pedas tak boleh bawa bincang," tulisnya.

Ada juga yang mencadangkan supaya lobak merah kisar dimasukkan ke dalam sambal bagi mengatasi masalah pedas.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai cadangan daripada netizen yang berkongsi cara masing-masing untuk 'menyelamatkan' sambal terlebih pedas.

Beberapa netizen mencadangkan supaya bawang ditambah ke dalam sambal dan dimasak semula bagi menyempurnakan semula rasa.

"Tambah bawang blend sebab bawang manis, dia akan kurangkan rasa pedas tu.

MENARIK DIBACA: Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain

MENARIK DIBACA: Sama ada jenis segar, peram atau dalam tin... Ini tip berkesan cuci rebung, hilang masalah bau

"Masukkan bawang merah blend, masak semula. Adjust rasa masam, masin dan manis.

"Blend bawang Holland agak-agak separuh sambal. Tumis bawang sampai keluar minyak, masukkan sambal, kacau, masukkan gula nisan dan perasakan," kongsi warganet.

Menariknya, ada juga yang mencadangkan supaya lobak merah dimasukkan ke dalam sambal.

"Masukkan carrot. Saya buat menjadi. Boleh dipotong atau blend, sis," kongsinya.

Antara komen di Facebook.

Sebahagian lagi netizen pula mencadangkan supaya separuh sambal dikeluarkan dan disimpan terlebih dahulu sebelum ditambah dengan bahan lain.

"Simpan separuh. Masak sambal lain dengan cili kering yang tak pedas. Lepas tu campur dengan yang pedas.

"Kalau saya, keluarkan sikit, simpan dalam peti dan tambah hirisan bawang. Masak balik, tambah air dan gula sikit lagi sampai bawang masak," antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan supaya rasa pedas diseimbangkan dengan rasa manis dan masam.

"Lebihkan gula, bubuh juga air asam jawa nak bagi balance rasa sambal tu.

"Tipnya beli lada kering jenis besar. Tambahkan gula Melaka/gula putih," komen warganet.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cara bezakan cili pedas! Bentuk bukan penentu, ambil tahu juga tentang capsaicin

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Nak buat 'clear soup', tapi gagal! Ini antara punca kuah sup jadi keruh

Terhangat