info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Nak buat 'clear soup', tapi gagal! Ini antara punca kuah sup jadi keruh

Lead Image

SUP merupakan salah satu hidangan yang dilihat ringkas oleh kebanyakan orang, tetapi sebenarnya memerlukan teknik tertentu untuk menghasilkan kuah sedap dan jernih.

Kuantiti rempah digunakan atau cara memasak yang salah boleh menyebabkan kuah sup bertukar keruh.

Seorang individu di Threads, bertanyakan bagaimana sesetengah orang menghasilkan sup ayam yang kuahnya begitu jernih seakan-akan air.

Pertanyaan itu mencuri perhatian ramai.

Jelasnya, setiap kali dia memasak sup, hasilnya tidak pernah menjadi jernih seperti yang diharapkan.

"Macam mana cara nak buat clear soup? Macam sup ayam yang kuahnya macam air masak tu.

"Lepas tu ada carrot, kentang, batang saderi. Cantik betul sup macam tu. Nampak sedap sangat. Tapi tiap kali buat tak pernah jadi," tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai sehingga ruangan komen dibanjiri pelbagai petua daripada netizen yang sudah biasa memasak sup jernih di rumah.

MENARIK DIBACA: Beras dan cili sangai rahsia sup daging Thai enak lain macam

MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

Seorang netizen berkata, antara rahsia mendapatkan kuah sup yang jernih ialah membuang air rebusan pertama ayam sebelum memasak semula menggunakan air baharu.

"Rebus dulu ayam. Air rebusan pertama tu kena buang. Lepas tu masukkan balik air baaru, baru letak bahan-bahan lain. Jadilah sup jernih. Cuba tengok TikTok ni," kongsinya.

Selain itu, ada juga yang berpendapat cara memotong bahan turut memainkan peranan.

"Clear soup tak perlu potong atau hiris apa-apa dulu. Masukkan semua dalam bentuk asal. 

Komen netizen di laman Threads.

"Bawang besar sebiji terus, garlic seulas-seulas, halia, saderi sebatang. Lepas tu baru masukkan saderi yang dipotong untuk dimakan, carrot dan kentang," tulisnya.

Ada juga yang berkongsi teknik merebus ayam yang diajar oleh ibu mereka sejak kecil.

Menurut netizen itu, ayam hanya perlu dimasukkan selepas air benar-benar mendidih bagi mengelakkan darah keluar dan menyebabkan kuah menjadi keruh.

"Mak saya ajar tunggu air mendidih dulu baru masukkan ayam. Jadi darah ayam tak keluar dan sup pun tak jadi keruh," komennya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Sambal pedas sampai tak boleh makan, petua campuran bahan bantu ‘selamatkan’ masakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Pertama kali buat, pavlova jadi liat! Geng 'baker' kongsi tip, ramai kata silap 'set' suhu

Terhangat