info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Tip mudah simpan daun sup, ketumbar tahan berbulan! Nak masak pun senang, tak membazir

Lead Image

SETIAP kali memasak, biasanya kita hanya menggunakan beberapa helai daun sup, daun bawang atau daun ketumbar sebagai penambah rasa dan hiasan hidangan.

Selebihnya pula biasanya akan layu di dalam peti sejuk kerana terlupa kewujudannya atau tidak sempat dihabiskan sebelum rosak.

Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang mengakui pembelian daun-daun tersebut sering menjadi antara perkara paling membazir dalam rutin memasak.

Wanita berkongsi rungutan itu menerusi hantaran di laman Threads.

Menurutnya, dia juga terpaksa memikirkan menu bersesuaian sepanjang minggu semata-mata untuk menghabiskan baki daun yang masih ada.

"Benda yang paling membazir beli ialah daun bawang, daun sup dan daun ketumbar. Nak pakai sikit je tapi terpaksa beli sebab nak sedap. Lepas tu seminggu aku kena fikir resipi apa guna benda ni nak habiskan," tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi petua menyimpan daun herba supaya tahan lebih lama.

Menariknya perkongsian netizen, daun sup, daun bawang dan daun ketumbar sebenarnya boleh disimpan di dalam peti sejuk beku dan kekal sempurna sehingga berbulan-bulan.

MENARIK DIBACA: Jangan salah pilih daun limau purut, pastikan bentuk '8' elak masakan jadi pahit

MENARIK DIBACA: Daun bawang, serai ditanam di rumah sangat mudah nak hidup! Ketahui punca ramai gagal

"Eh awak tak bazir. Saya selalu buat kalau tak habis, potong siap-siap lepas tu simpan dalam freezer je. Nak pakai sikit-sikit, ambil terus.

"Bekukan je. Dari tengah beku tu campak terus dalam periuk. Jangan 'defrost' pula," kongsi seorang netizen.

Ramai turut mengakui kaedah itu bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah memudahkan kerja memasak kerana daun sudah siap dipotong dan hanya perlu diambil mengikut keperluan.

Netizen mencadangkan agar daun-daun tersebut dibekukan.

Bagi yang ingin mencuba petua ini, berikut caranya:

  1. Potong daun sup, daun bawang atau daun ketumbar mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Semburkan sedikit minyak masak atau gaulkan nipis dengan minyak supaya daun tidak mudah melekat ketika dibekukan.
  3. Masukkan ke dalam bekas kedap udara atau beg 'zip lock'.
  4. Simpan di dalam freezer dan ambil terus mengikut kuantiti yang diperlukan ketika memasak tanpa perlu dinyahbekukan terlebih dahulu.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Nak makan stik, keliru pilih menu! Ini beza 12 bahagian daging lembu dari segi tekstur, rasa dan cara masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jagung kecut lepas direbus, rupanya ramai silap teknik! Ini pilihan tip, petua boleh dicuba

Terhangat