info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Jagung kecut lepas direbus, rupanya ramai silap teknik! Ini pilihan tip, petua boleh dicuba

Lead Image

HASRAT menikmati jagung rebus manis, berjus dan rangup bertukar kecewa apabila isi jagung menjadi kecut sebaik sahaja dikeluarkan dari periuk.

Seorang wanita berkongsi situasi sama di Facebook selepas merebus enam tongkol jagung yang dibeli pada harga RM10.

Menurutnya, dia kurang berpuas hati apabila jagung yang direbus menjadi kecut walaupun masih segar ketika dimasak.

"Boleh tak kongsi tip macam mana nak elakkan jagung jadi kecut lepas rebus? Garam tu patut letak masa mula-mula rebus atau lepas air dah menggelegak?" soalnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai respon dan petua daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa tempoh merebus memainkan peranan penting.

"Rebus sekali dengan kulit. Buang kulit tinggal sikit saja. Letak gula sikit dan garam sikit, saya kadang-kadang letak masa awal tu tak ingat air dah mendidih baru masuk. Alhamdulilah tak kecut.

Ada yang menyarankan supaya garam tidak dimasukkan terlalu awal kerana dikatakan boleh mempengaruhi tekstur jagung selepas dimasak.

"Saya belajar daripada orang yang jual jagung rebus kat tepi jalan di Kedah hari tu. Sebenarnya rebus sekejap saja, air pun letak separuh je dari badan jagung kurang lagi pun boleh. Pastikan air betul-betul gelegak baru letak jagung kemudian tutup. Tunggu dalam tiga hingga empat minit, buka penutup letak garam dan balik-balikkan lepas tu tutup semula.

"Selepas tiga hingga empat minit alihkan kemudian tutup api angkat terus jagung tu. Ini untuk empat hingga lima batang jagung yang dah dipatahkan dan kalau jagung panjang mungkin kena tambah masa sikit," antara tip perkongsian warganet.

MENARIK DIBACA: Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

MENARIK DIBACA: Ramai serik ambil minuman detoks, usus menipis 'dipaksa' buang air besar - "Percaya sangat berak boleh buang lemak"

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya garam tidak dimasukkan terlalu awal kerana dikatakan boleh mempengaruhi tekstur jagung selepas dimasak.

"Jangan masuk garam awal, masa dekat nak masak baru masuk garam.

Antara komen di Facebook.

"Ada kawan ajar, dia pun belajar daripada orang jual jagung. Letak garam banyak sikit maksudnya air rebusan tu berasa masin-masin. Rebus 15 minit kalau sekali dengan kulit tapi kalau buang kulit tu 10 minit je," katanya.

Tak kurang juga ada yang memilih kaedah mengukus berbanding merebus kerana berpendapat cara itu mampu mengekalkan rasa asli jagung selain menjadikan teksturnya lebih rangup.

"Saya kukus je. Elok tak kecut, rangup dan manis. Sedap makan.

"Rebus sekejap je, letak air garam dengan jagung masa bergelegak tu sekejap tutup api. Nak kukus lagi molek (bagus).

"Saya pakai 'pressure cooker' mod 'high pressure' enam minit. Letak air separuh jagung dan letak garam skit, kulit jagung tanggalkan satu ke dua lapis," komen warganet lagi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tip mudah simpan daun sup, ketumbar tahan berbulan! Nak masak pun senang, tak membazir

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Terhangat