info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Nak makan stik, keliru pilih menu! Ini beza 12 bahagian daging lembu dari segi tekstur, rasa dan cara masak

Lead Image

ISTILAH ribeye, sirloin, tenderloin atau tomahawk sering dilihat pada paparan menu di restoran stik.

Bagaimanapun, ramai yang masih keliru tentang perbezaan setiap potongan daging ini.

Sebenarnya, setiap bahagian mempunyai tekstur, kandungan lemak dan cara memasak yang berbeza.

Ada yang lebih lembut dan berjus, manakala ada yang lebih pejal dengan rasa daging yang lebih kuat.

Berikut beberapa jenis potongan daging lembu popular dan perbezaannya.

Ribye lebih berlemak manakala sirloin lebih pejal.

1. Ribeye vs Sirloin

Ribeye terkenal kerana mempunyai lebih banyak lemak atau 'marbling'. Lemak inilah yang menjadikan daging lebih berjus, lembut dan kaya dengan rasa apabila dimasak.

Sebaliknya, sirloin pula mempunyai tekstur lebih pejal dengan gigitan yang lebih padat dan penuh daging.

Kedua-dua potongan ini mudah dikenali kerana mempunyai tulang berbentuk huruf T.

2. T-Bone vs Porterhouse

Kedua-dua potongan ini mudah dikenali kerana mempunyai tulang berbentuk huruf T di bahagian tengah.

Bezanya, porterhouse mempunyai bahagian tenderloin yang lebih besar berbanding T-bone, malah lebih lembut.

Filet mignon pula ialah potongan stik yang diambil daripada bahagian tenderloin.

3. Filet Mignon vs Tenderloin

Ramai menyangka kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya berbeza.

Tenderloin ialah keseluruhan bahagian otot daging yang panjang di dalam lembu.

MENARIK DIBACA: [V] Bau hanyir ‘potong’ selera makan! Ini petua cuci ikan guna 3 bahan

MENARIK DIBACA: "Kalau daging beku dah cair, berat sama ke?" - Peniaga buat eksperimen gara-gara soalan kanak-kanak

Filet mignon pula ialah potongan stik yang diambil daripada bahagian tenderloin dan antara stik paling lembut.

Prime rib mempunyai potongan tulang rusuk yang dipanggang manakala tulang rusuk tomahawk lebih panjang.

4. Prime Rib vs Tomahawk

Prime rib merupakan potongan tulang rusuk yang biasanya dipanggang secara keseluruhan (roast) sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tomahawk pula ialah stik ribeye yang masih mengekalkan tulang rusuk yang panjang, menjadikannya kelihatan seperti kapak. 

Dari segi rasa, ia mempunyai ciri-ciri ribeye yang berlemak dan berjus.

Flat iron mempunyai tekstur yang lebih lembut manakala flank steak lebih pejal.

5. Flat Iron vs Flank Steak

Walaupun kedua-duanya sering digunakan untuk dipanggang atau diperap, flat iron mempunyai tekstur yang lebih lembut.

Flank steak pula lebih pejal dan berserat, namun tetap enak jika diperap dengan baik dan dihiris nipis melawan arah urat.

Skirt steak lebih nipis manakala hanger steak pula lebih tebal.

6. Skirt Steak vs Hanger Steak

Skirt steak lebih nipis dan cepat dimasak serta mempunyai rasa daging lembu yang lebih kuat dan menyerlah.

Hanger steak pula lebih tebal, lebih lembut dan sering digelar 'butcher's steak' kerana suatu ketika dahulu ia merupakan potongan yang sering disimpan oleh tukang daging untuk kegunaan sendiri.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip mudah simpan daun sup, ketumbar tahan berbulan! Nak masak pun senang, tak membazir

Terhangat