info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ramai kongsi cara diet ekstrem, berjaya turun 5kg dalam 14 hari... Ambil tahu risikonya!

Lead Image

HASRAT seorang wanita untuk menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram (kg) dalam tempoh 14 hari mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan meminta orang ramai berkongsi cadangan diet ekstrem yang boleh membantunya mencapai sasaran tersebut.

"Tolong suggest diet extreme nak hilang 5kg dalam masa 14 hari. Please!" tulisnya.

Hantaran itu dibanjiri pelbagai cadangan daripada netizen yang tampil berkongsi pengalaman serta cara diet masing-masing untuk kurus dalam masa singkat.

"Bangun tidur makan telur, tengah hari makan lauk sahaja dan petang makan pisang. Jalan kaki 30 minit, malam minum air kosong dan tidur dari pukul 10 malam hingga 6 pagi. Ulang selama 14 hari insyaAllah turun lebih dari 5kg.

Berjalan kaki antara aktiviti yang diamalkan untuk membantu menurunkan berat badan.

"Intermittent fasting, tolak nasi dan makan lauk dengan sayur sahaja. Saya pernah buat dan memang menjadi tapi nak konsisten agak susah.

"7 hari 5kg turun, awak puasa kemudian malam buat senaman ringan sikit macam zumba. Manis cut terus InsyaAllah boleh, makan pula suku-suku je nasi, saya buat macam tu je la," komen beberapa warganet.  

Tidak kurang juga yang mendakwa berjaya menurunkan sehingga empat kilogram hanya dengan mengamalkan pengambilan air kosong selama 72 jam.

Ada juga yang mencadangkan pengambilan kentang rebus dan minuman berkarbonat tanpa gula sebagai menu harian selama 14 hari.

"Jangan dengar komen lain kalau awak benar-benar obses dan sanggup buat apa sahaja, ambil kentang rebus dan minuman berkarbonat tanpa gula sahaja. Selama 14 hari hanya ini, selain tu menipu," kongsi salah seorang netizen.

Antara komen di Threads.

Sebahagian netizen turut berkongsi kaedah ekstrem yang pernah dicuba sendiri atau melibatkan ahli keluarga mereka, sambil menegaskan kaedah tersebut tidak sesuai diamalkan.

"Saya pernah dua minggu turun 5kg, jalan 10,000 hingga 15,000 setiap hari. Untuk sarapan saya makan roti dengan peanut butter atau sebiji epal. Malam pula makan apa-apa makanan berat then tambah buah. But unfortunately lepas tu berat naik balik. Anyway, these were my tips based on my experience! 

MENARIK DIBACA: Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

MENARIK DIBACA:Keliru antara Americano, latte, espresso? Ini maksud 10 istilah kopi antarabangsa dan versi Malaysia

"Kalau nak extreme ni tip daripada sepupu saya yang pernah cuba dan menjadi untuk dia. Katakan nak turun berat 5kg jangan makan selama 5 hari straight. Just minum air kosong dengan Americano. Lepas tu boleh makan macam biasa cuma kena jaga portion.

"Cuma cara diet macam ni memang tak sihat tapi namanya pun cara ekstrem. Kononnya 5 hari je okaylah tu," kata netizen itu lagi.

Sebagai peringatan, diet ekstrem selama dua minggu boleh memberikan kesan agak ketara kepada tubuh terutamanya jika seseorang mengurangkan pengambilan makanan secara mendadak, berpuasa terlalu lama atau mengehadkan kalori secara keterlaluan.

Berat badan mungkin turun dengan cepat tapi penurunan itu tak semestinya bermaksud lemak badan sudah banyak berkurangan.

Kesan diet ekstrem selepas dua minggu

1. Berat badan turun dengan cepat

Minggu pertama, penurunan berat mungkin banyak disebabkan kehilangan air dan simpanan glikogen, bukan lemak semata-mata.

2. Mudah letih, pening

Kurang kalori, karbohidrat dan nutrien boleh menyebabkan badan lesu, sukar fokus dan pening kepala.

3. Risiko kehilangan otot

Jika protein dan kalori terlalu rendah, badan mula menggunakan tisu otot sebagai sumber tenaga. Keguguran rambut juga boleh berlaku.

4. Masalah pencernaan

Sembelit, kembung dan ketidakselesaan perut boleh berlaku akibat kurang serat dan perubahan pemakanan.

5. Dehidrasi, elektrolit tak seimbang

Lebih berisiko jika diet melibatkan pengambilan air yang tidak mencukupi, berpeluh berlebihan atau penggunaan julap dan diuretik.

Secara umum, sasaran penurunan berat yang lebih selamat ialah sekitar 0.5–1kg seminggu.

Dalam tempoh dua minggu, sekitar 1–2kg merupakan sasaran lebih munasabah bagi kebanyakan orang.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Buang kulat pada roti, makan bahagian masih elok... Selamat atau tidak?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

"Roti putih bukan musuh kita" – Pakar dietetik ulas amalan diet ikut trend

Terhangat