info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Bunga lawang beracun, kenali perbezaan sebelum masukkan dalam masakan

Lead Image

BUNGA lawang menjadi antara bahan wajib dalam hidangan berasaskan berempah kerana aromanya yang harum.

Bagaimanapun penggunaan bahan ini perlu diberikan perhatian kerana terdapat dakwaan bahawa wujud bahan bentuknya seakan-akan bunga lawang mempunyai racun. 

Seorang individu menerusi Threads berkongsi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati selepas mendakwa menemui sejenis bunga lawang kelihatan berbeza daripada biasa.

"Tolong berjaga, terutama yang sering masak dan mempunyai bayi.

Bunga lawang Jepun mempunyai rupa hampir sama dengan bunga lawang biasa digunakan dalam masakan.

"Sejak kebelangan ini kerap diketengahkan isu tentang bunga lawang mengandungi racun anomali yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem saraf. 

"Mengikut fahaman saya, bunga lawang Jepun didakwa bahaya untuk kesihatan. Hari ini saya terjumpa satu di dapur," kongsinya di Threads. 

Individu berkenaan turut mendakwa bunga lawang ditemuinya mempunyai 10 kelopak, berbanding bunga lawang biasa digunakan dalam masakan dengan lapan kelopak.

MENARIK DIBACA: Mi goreng mamak letak 'peanut butter', dari rasa biasa terus sedap ke 'next level'

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

Berikut adalah fakta tentang bunga lawang yang beracun dan selamat digunakan: 

1. Terdapat spesies dikenali sebagai bunga lawang Jepun (Illicium anisatum) beracun. 

2. Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), spesies ini mengandungi toksin seperti anisatin dan neoanisatin boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak sesuai untuk dimakan.

Bunga lawang sering digunakan sebagai rempah untuk memberikan aroma dan rasa pada pelbagai hidangan.

3. Bunga lawang biasa digunakan sebagai rempah dikenali sebagai bunga lawang Cina (Illicium verum). 

4. Sumber FDA turut menyatakan risiko pencemaran atau percampuran dengan spesies beracun pernah menjadi kebimbangan, termasuk dalam produk minuman berasaskan bunga lawang. 

5. Antara kesan keracunan pernah dilaporkan ialah muntah, gelisah atau pergerakan tidak terkawal, sawan dan gangguan saraf teruk.

6. Pengguna tidak sepatutnya bergantung kepada kiraan kelopak semata-mata untuk menentukan sama ada sesuatu bunga lawang itu selamat dimakan sebaliknya memastikan juga label pada bungkusan sebelum membuat pembelian.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Talbinah sajian berasaskan barli jadi ‘comfort food’ ketika sedih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Sama tapi tak serupa! Ini perbezaan keledek oren, ungu, kuning dan putih

Terhangat