info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Sama tapi tak serupa! Ini perbezaan keledek oren, ungu, kuning dan putih

Lead Image

RAMAI gemar makan ubi keledek, sama ada direbus, digoreng, dibakar ataupun dijadikan kuih. 

Tapi tahukah anda, warna isi ubi keledek yang berbeza sebenarnya mempunyai kandungan nutrien dan sebatian tumbuhan yang tidak sama.

Di pasaran, terdapat ubi keledek dengan pelbagai warna seperti oren, ungu, kuning dan putih disebabkan pigmen semula jadi seperti karotenoid dan antosianin yang bersifat antioksidan.

Jom kenali kelebihan dan khasiat yang terdapat pada ubi keledek mengikut warna berbeza.

Ubi keledek oren mengandungi vitamin A untuk penglihatan, sistem imun dan kesihatan kulit.

1. Keledek oren

Ubi keledek berwarna oren antara yang paling popular dan mudah dikenali.

Warna oren terang pada isinya dikaitkan dengan kandungan karotenoid, khususnya beta-karotena.

Sebatian ini boleh ditukarkan oleh tubuh kepada vitamin A yang penting untuk penglihatan, sistem imun dan kesihatan kulit.

Selain itu, ubi keledek oren turut membekalkan serat dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

Sebab itu, ubi keledek oren bukan sahaja sedap dimakan, malah boleh menjadi sebahagian daripada menu harian yang seimbang.

Ubi keledek ungu membekalkan serat, vitamin dan mineral untuk kesihatan tubuh badan.

2. Keledek ungu

Ubi keledek ungu mengandungi antosianin iaitu sejenis pigmen tumbuhan yang bersifat antioksidan.

Selain ungu, sebatian ini turut ditemui dalam makanan berwarna merah dan biru.

Ubi keledek ungu membekalkan serat, vitamin dan mineral. Tidak hairanlah apabila ubi keledek ungu sering digunakan untuk dijadikan kuih dan pelbagai pencuci mulut yang enak.

Ubi keledek kuning membekalkan karbohidrat, serat, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

3. Keledek kuning

Ubi keledek kuning mempunyai  rasa sangat manis dengan tekstur lembut selepas dimasak.

Ubi jenis ini membekalkan karbohidrat, serat, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Warna kuning pada sesetengah varieti juga dikaitkan dengan kehadiran karotenoid, walaupun jumlah dan jenisnya berbeza mengikut jenis.

Ubi keledek kuning sesuai direbus, dikukus atau digunakan sebagai bahan dalam pelbagai resipi masakan tradisional dan moden.

Ubi keledek putih mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral. 

4. Keledek putih

Warnanya mungkin tidak 'semeriah' ubi oren atau ungu, tetapi ubi keledek putih juga mempunyai khasiat tersendiri.

Bagaimanapun ubi keledek jenis ini tetap mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral. 

Sesetengah jenis pula mempunyai tekstur lebih berkanji serta rasa yang kurang manis.

Disebabkan kandungan pigmen lebih rendah, ubi keledek putih mempunyai jumlah karotenoid atau antosianin yang juga lebih rendah berbanding ubi berwarna oren dan ungu.

Bagaimanapun ubi keledek putih tetap boleh menjadi pilihan makanan berkhasiat jika dimakan dalam jumlah yang bersesuaian.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bunga lawang beracun, kenali perbezaan sebelum masukkan dalam masakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Isi tak banyak, tapi leher ayam tinggi kolagen sama seperti bahagian kaki

Terhangat