info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Talbinah sajian berasaskan barli jadi ‘comfort food’ ketika sedih

Lead Image

TALBINAH mungkin kurang dikenali oleh generasi muda, tetapi sajian berasaskan barli ini mempunyai tempat tersendiri dalam tradisi masyarakat Islam.

Teksturnya yang lembut dan berkrim menjadikan talbinah sesuai dinikmati ketika kurang berselera untuk makan atau mahukan hidangan ringan.

Menurut perkongsian seorang individu di Threads, talbinah boleh dijadikan antara pilihan makanan ketika seseorang sedang berdepan kesedihan atau tekanan, terutama apabila selera makan berkurangan.

“Ada ketika individu sedang mengalami kesedihan akan hilang selera makan, tetapi jika dihidangkan dengan sajian lembut dan tinggi serat seperti ini dapat membantu mengembalikan keceriaan emosi dan penghadaman,” kongsinya.

Makanan juga boleh menjadi perangsang emosi ketika sedih.

Individu itu turut mencadangkan talbinah sebagai ‘comfort food’ untuk mereka sedang mengalami tekanan.

MENARIK DIBACA: Masalah kari susah pecah minyak selesai dengan tip 'tumis awal', guna santan kotak pun menjadi!

MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

Menurutnya, cara penyediaannya juga mudah kerana barli hanya perlu direbus dan dikisar sebelum dicampurkan dengan susu serta madu.

Penggunaan susu dan madu juga dikenali dengan kelebihan rasa berlemak memberikan ketenangan.

“Jika mahu menambah hiasan, boleh tabur kekacang atau kurma ikut selera masing-masing. Rasa menu ini lemak manis,” katanya.

Walaupun talbinah boleh menjadi pilihan makanan lembut dan mengenyangkan, ia tidak seharusnya dianggap sebagai rawatan untuk masalah emosi atau tekanan. 

TRIVIA: 

  • Dalam tradisi Islam, talbinah dikaitkan dengan hadis Nabi Muhammad SAW sebagai makanan yang diberikan kepada individu sakit atau sedang berduka.
  • Talbinah biasanya disediakan menggunakan tepung atau serbuk barli dimasak bersama air atau susu sehingga menjadi lembut.
  • Ia juga boleh ditambah dengan madu, kurma atau kekacang mengikut cita rasa.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Masak sempurna tak jamin selamat, ketahui gejala anda termakan kerang-kerangan bertoksin

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Bunga lawang beracun, kenali perbezaan sebelum masukkan dalam masakan

Terhangat